TEMERLOH: Dua pemandu berdepan detik cemas selepas kereta dipandu mereka terlanggar objek dipercayai dapur gas yang disyaki terjatuh dari kenderaan lain di Kilometer 116.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu selamat bagaimanapun kereta jenis Toyota Vios dan Honda Civic yang terlibat mengalami kerosakan.
Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 11 malam daripada mangsa, seorang tukang paip berusia 30 dan pekerja bank berumur 38 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua pemandu terbabit dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat objek dipercayai dapur gas berada di lorong kanan lalu dilanggar kereta Toyota Vios.
"Pemandu Honda Civic turut mengalami nasib sama apabila terlanggar objek itu sebelum berhenti mengalihkan objek tersebut ke lorong kecemasan," katanya.
Mazlan berkata, terdapat tiga kenderaan terlibat bagaimanapun hanya dua pemandu tampil membuat laporan polis.
Beliau berkata, orang ramai terutama pemandu lori dan kenderaan perdagangan dinasihatkan agar memastikan barang atau muatan yang dibawa menggunakan kenderaan masing-masing diikat kemas bagi mengelak ia terjatuh ke atas jalan raya sehingga membahayakan nyawa dan mendatangkan kerugian kepada pengguna lain.
"Sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama waktu malam dan patuhi had laju yang ditetapkan," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 03 2023
Keadaan kereta jenis Honda Civic dan Toyota Vios alami kerosakan akibat terlanggar objek dipercayai dapur gas di KM116.7 LPT1 di Temerloh pada Jumaat lalu. Gambar kecil: Objek dipercayai dapur gas di lokasi kejadian. -Foto Sinar Harian
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kereta remuk, pemandu terlanggar dapur gas di LPT1
Kedua-dua pemandu selamat bagaimanapun kereta jenis Toyota Vios dan Honda Civic yang terlibat mengalami kerosakan.
Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - ST
ST turut menasihatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.
Selangor catat purata 5 kes kebakaran rumah sehari sepanjang Ramadan - Bomba
Kebanyakan kes kebakaran di rumah berlaku kerana penghuninya terlupa untuk menutup api dapur gas selepas memasak.
Pembantu tabika melecur di kepala akibat dapur gas meletup
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya.