awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas dalam kedai makan, peniaga roti canai nyaris dirempuh

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2020
04:07 MYT
Kereta terbabas dalam kedai makan, peniaga roti canai nyaris dirempuh
Keadaan kereta Perodua Myvi remuk selepas merempuh kedai makan malam tadi. -Foto tular media sosial
Sebuah kedai makan di Lorong Perak, Taman Melawati di sini mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah kereta malam tadi.
Pemilik kedai, Othman Ahmad, 60, berkata, dia mengetahui insiden yang berlaku pada jam 8.30 malam itu selepas dihubungi rakannya dikenali sebagai Jai.
"Ketika kejadian Jai sedang menguli tepung di kedai sebelum sebuah kereta Perodua Myvi merempuh kedai.
"Pada masa itu saya pula berada di rumah dan bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.
Othman berkata, kedai makan miliknya mengalami kerosakan melibatkan beberapa meja dan kerusi makan selain tiang patah akibat rempuhan tersebut.
"Syukur rakan saya selamat dalam kejadian ini, namun kos untuk baik pulih kedai termasuk membeli kerusi dan meja dianggarkan RM2,000," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Azam Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pemandu kereta tersebut yang juga lelaki warga tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Jai
#Lorong Perak
#Othman Ahmad
#rempuh kedai makan
#Taman Melawati
#tiang patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan