NATIONAL
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut

Pemandu Nissan GT-R maut dalam kemalangan di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad. Foto IPK Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI: Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Pemandu Nissan GT-R maut dan penumpang cedera selepas terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, Ahad lepas.
- Kemalangan berlaku pada jam 4 pagi ketika pemandu berusia 41 tahun hilang kawalan dari arah Puteri Harbour ke Gelang Patah.
- Kes disiasat di bawah Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mangsa hilang kawalan lalu terbabas sendiri di bulatan Kampung Sungai Melayu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki. Mangsa maut di lokasi kejadian.
"Penumpang lelaki tempatan berusia 36 tahun mengalami luka di bahagian siku," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami