awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas, empat termasuk seorang wanita ditahan curi kabel

Bernama
Bernama
22/09/2023
08:23 MYT
Kereta terbabas, empat termasuk seorang wanita ditahan curi kabel
Kereta dinaiki suspek terbabas dan merempuh tembok Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Jasin, pagi semalam. - Gambar/ PDRM
JASIN: Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki cuba mencuri kabel selepas salah satu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan merempuh tembok Pusat Kegiatan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Jasin, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata semua suspek lelaki berusia antara 23 dan 33 tahun serta wanita berumur 42 tahun berasal dari Kajang, Selangor itu dikesan oleh pihak berkuasa semasa anggota polis sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Merlimau sedang melakukan rondaan apabila mendapati kabel Telekom Malaysia (TM) telah dipotong di tepi Jalan Melaka - Muar.
"Polis telah menghubungi juruteknik TM untuk mengesahkan kabel yang cuba dicuri itu adalah kabel milik TM tech talian bawah tanah bersaiz 400 pair, iaitu sepanjang kira-kira 175 meter dengan nilai kerugian akibat kerosakan dianggarkan RM30,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua mereka juga direman hingga 25 Sept bagi membantu siasatan, yang dibuat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#kereta terbabas
#Jasin
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan