awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas langgar pokok, KPDN kejar penyeludup 7km

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2024
11:33 MYT
Kereta terbabas langgar pokok, KPDN kejar penyeludup 7km
Anggota penguat kuasa KPDN terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan terbabas dan melanggar sebatang pokok.- Foto Bernama
TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 550 liter minyak petrol di Kampung Bunohan di sini pada Selasa.
Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa KPDN terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Preve sedang parkir di Kampung Pak Keral.
"Semasa anggota bertugas mahu melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba pemandu kenderaan memecut laju ke arah Kampung Bunohan," katanya.
Menurut beliau, setiba di lokasi kereta yang dipandu suspek hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kampung Bunohan.
Ujarnya, suspek kemudian telah bertindak melarikan diri dan gagal dikesan oleh anggota penguat kuasa.
Azman memberitahu, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 550 liter minyak petrol bernilai RM1,127.50.
Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
"KPDN Kelantan sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.
"Dalam masa yang sama juga kami mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 kilometer dari sempadan negara," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KPDN kelantan
#kejar penyeludup
#Tumpat
#minyak petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan