awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

Bernama
Bernama
29/03/2025
14:45 MYT
Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
Hasbullah berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang. - Gambar Polis Manjung
IPOH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang.
"Siasatan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan. Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang sehingga mengeluarkan api.
"Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya dalam but kereta tersebut," katanya.
Hasbullah berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.
Terdahulu video kebakaran tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar diikuti letupan dan asap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepulan asap
#Proton
#bilik gerakan
#lampu isyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan