awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbakar, seorang parah, empat cedera ringan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/04/2021
06:22 MYT
Kereta terbakar, seorang parah, empat cedera ringan
Keadaan kenderaan yang terbabas lalu terbakar di Kilometer 88.6, Jalan Ipoh - Butterworth, Taiping pada Selasa malam.
TAIPING: Seorang penumpang parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu terbakar di Kilometer 88.6, Jalan Ipoh - Butterworth, dekat sini, malam tadi.
Pemandu kereta, seorang renjer yang dikenali sebagai Paulus, 44, turut mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki dalam perjalanan ke Kamunting.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta di hadapan mereka, yang tidak diketahui nombor pendaftaran, tiba-tiba brek mengejut.
“Pemandu Proton Wira kemudiannya mengelak ke kanan jalan dan kenderaannya berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke tepi jalan, lalu terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Osman berkata, kesemua mangsa lelaki, berumur antara 12 hingga 44 tahun, dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#seorang parah
#empat cedera ringan
#Jalan Ipoh - Butterworth
#proton wira
#kamunting
#Hospital Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan