awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar

Radhi Muslim
Radhi Muslim
15/06/2022
08:25 MYT
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Selain meninjau cerun yang runtuh di KM.2.1, Bung Moktar turut meninjau cerun runtuh berhampiran Taman Vun Wu, jambatan roboh di Kampung Sim-Sim dan tiang lampu tumbang di Jalan Batu 5.
SANDAKAN: Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk kerja-kerja membaik pulih cerun berkenaan.
"Kita perlu perbaiki segera cerun yang runtuh ini kerana ianya merupakan laluan utama pengguna jalan raya ke pusat bandar selain ke kawasan sekolah berhampiran bagi mengelak runtuhan lebih besar, selain faktor keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
Beliau ditemui selepas meninjau keadaan beberapa insfrastruktur jalan raya, jambatan dan tiang lampu yang rosak di sekitar bandar Sandakan, pada Selasa.
Selain meninjau cerun yang runtuh di KM.2.1, Bung Moktar turut meninjau cerun runtuh berhampiran Taman Vun Wu, jambatan roboh di Kampung Sim-Sim dan tiang lampu tumbang di Jalan Batu 5.
Bagi cerun yang runtuh berhampian Taman Vun Wu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, beliau telah mengarahkan jurutera daerah Sandakan untuk mengemukakan cadangan dan anggaran kos peruntukan yang diperlukan bagi membaiki cerun tersebut.
Mengenai jambatan roboh di Kampung Sim-Sim, beliau turut meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengkaji dan mengemukakan anggaran kos peruntukan yang diperlukan untuk membina jambatan baharu.
Mengulas rungutan orang ramai mengenai kerosakan lampu jalan di beberapa tempat sekitar bandar Sandakan, Bung Moktar turut meminta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri serta MPS meneliti masalah itu dan mengemukakan cadangan bagi menukar lampu dan tiang yang mengalami kerosakan.
"Saya fikir elok kita gantikan lampu yang sedia ada dengan menggunakan lampu LED atau tenaga solar yang lebih lama ketahanannya berbanding lampu yang kita gunakan ketika ini," katanya.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; Presiden MPS, Benedict Asmat; Timbalan Presiden MPS, Harun Arifin serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Sandakan.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar
#cerun runtuh
#jambatan Kampung Sim SIm
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan