MALAYSIA
Kerja baik pulih mendapan tanah di Jalan Burma dijangka siap 25 Sept
A. Rajendran (tengah) berkata kerja baik pulih Jalan Burma dijangka siap sepenuhnya pada 25 September selepas paip pembetungan bocor diganti dan ujian keselamatan jalan dilaksanakan. -Gambar fail/Facebook
GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembaikan Jalan Burma yang terjejas akibat kejadian mendapan tanah dijangka siap sepenuhnya pada Khamis, 25 September, menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan bahawa paip pembetungan yang bocor telah diganti sepenuhnya dan penutup lubang najis baharu telah dipasang awal pagi Rabu.
Ujian tekanan dan kerja penurapan dijadualkan berlangsung malam ini bagi memastikan keselamatan struktur jalan sebelum dibuka semula kepada pengguna.
Kejadian mendapan berlaku pada Ahad lalu, sekitar jam 9 pagi, apabila paip berdiameter 300mm milik Indah Water Konsortium (IWK) pecah secara tiba-tiba, menyebabkan kerosakan serius pada permukaan jalan dan gangguan trafik di kawasan berkenaan.
Rajendran menjelaskan bahawa kerja pembaikan dijalankan secara berperingkat dan kebanyakannya dilakukan pada waktu malam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“Kami sedar kesan terhadap penduduk dan perniagaan tempatan, sebab itu kami minta IWK percepatkan proses baik pulih,” katanya.
Jalan Burma merupakan laluan utama yang menghubungkan Jalan Penang ke Jalan Macalister dan penutupan sementara ini telah menyebabkan kesesakan sehingga 200 meter dari lokasi mendapan.
Pihak MBPP menasihatkan pengguna jalan raya agar terus mematuhi arahan keselamatan dan menggunakan laluan alternatif sehingga kerja pembaikan selesai sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Kerja baik pulih Jalan Burma dijangka siap sepenuhnya pada 25 September selepas paip pembetungan bocor diganti dan ujian keselamatan jalan dilaksanakan.
- Kejadian mendapan tanah berlaku akibat paip IWK pecah secara tiba-tiba, menyebabkan kerosakan jalan dan kesesakan trafik sehingga 200 meter dari lokasi.
- MBPP melaksanakan pembaikan secara berperingkat dan waktu malam untuk kurangkan gangguan, serta menasihatkan pengguna agar patuhi arahan keselamatan dan guna laluan alternatif.