awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja baik pulih struktur ban berdekatan Tasik Black Water telah dilaksanakan

Bernama
Bernama
07/06/2022
20:19 MYT
Kerja baik pulih struktur ban berdekatan Tasik Black Water telah dilaksanakan
Hee berkata LUAS akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan kerja-kerja membaik pulih struktur ban berdekatan kolam di Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras susulan hakisan tanah Ahad lepas telah dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata tindakan itu dijalankan dengan mengukuhkan ban berkenaan bagi mengelakkan aliran efluen kehitaman (leachate) dari kolam itu mengalir masuk ke alur berhampiran Sungai Perimbun iaitu anak Sungai Langat.
"Ia susulan berlakunya hakisan tanah yang mengakibatkan kegagalan struktur ban di kawasan kolam tersebut dan seterusnya leachate melimpah dari kawasan berkenaan (Tasik Black Water) yang sebelum ini menjadi tempat pengumpulan sampah haram," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pemantauan rapi dan statik di Sungai Perimbun serta Sungai Langat dilaksanakan oleh LUAS dan siasatannya mendapati bacaan bau adalah sifar ton, maka tiada gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dilaporkan," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam pada itu, Hee berkata LUAS akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun, jika sabit kesalahan berkenaan aktiviti pembuangan sampah haram di tasik berkenaan.
Katanya, LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat telah menjalankan operasi bersepadu diketuai Majlis Perbandaran Kajang 31 Mei lepas, dengan pihak berkuasa tempatan itu telah menyita kawasan tasik terbabit dan Notis Pemberhentian Aktiviti Kerja akan diberikan kepada pemilik tanah.
"Pihak PTD Hulu Langat juga akan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah bagi arahan pemulihan segera tanah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#Hee Loy Sian
#tasik black water
#sungai langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan