PUTRAJAYA:Kerja pembaikan unit rumah Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Melinjau, Presint 11 di sini yang mengalami kerosakan sedang dilakukan dengan kos pembaikannya ditanggung sepenuhnya oleh pemaju, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang meninjau sendiri kerosakan di PPAM Melinjau itu semalam berkata beberapa ratus unit rumah terjejas telah siap dibaiki manakala 127 unit lagi masih belum selesai yang melibatkan pelbagai kerosakan seperti struktur dan reka bentuk yang tidak menepati standard.
"Pemaju masih lagi bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan di unit-unit yang terlibat kerana masih di bawah tempoh liabiliti kecacatan," katanya kepada media yang mengikuti tinjauan tersebut.
Menurutnya, kos kerja pembaikan akan ditolak daripada wang tertahan iaitu dana kontraktor yang dipegang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan jumlah keseluruhan kos pembaikan masih dalam proses penilaian.
Media sebelum ini melaporkan pemilik PPAM Melinjau tidak berpuas hati dengan keadaan rumah mereka yang siap dibina sejak tiga tahun lalu.
Pemilik mendakwa pemaju gagal menyerahkan unit rumah mampu milik itu dalam keadaan sempurna dari segi binaan mengikut spesifikasi pembinaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020
Annuar (empat, kanan) ketika melawat PPAM Melinjau Presint 11, Putrajaya, 24 Dis, 2020. Turut kelihatan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain (lima, kanan). --fotoBERNAMA
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Dua injap utama di LRA Sungai Dua, siap diganti - Chow
Dua unit injap berdiameter 1.2 meter (m) yang rosak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, sudah siap diganti oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekitar jam 4 petang tadi.
Jalan mendap: Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup
Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Jan berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta.
KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.
Jawatankuasa siasat punca kebocoran paip utama di dasar Sungai Terengganu - MB
Jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi dan akan diketuai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Kerja pembaikan dijalankan di PPAM Melinjau, kos ditanggung pemaju
Beberapa ratus unit rumah terjejas telah siap dibaiki manakala 127 unit lagi masih belum selesai yang melibatkan pelbagai kerosakan seperti struktur dan reka bentuk yang tidak menepati standard.
56 rumah rosak akibat ribut di Seremban
Penilaian kerosakan sedang dilakukan oleh pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan hari ini.
Bekalan air Selangor pulih secara berperingkat mulai 2 petang ini
Kawasan-kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 9 malam semalam apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya - Air Selangor
Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong, Shah Alam selesai pada 2.50 pagi tadi.
Paip utama pecah di loji rawatan air Pulau Pinang
Datuk Ir Jaseni Maidinsa yang mengesahkan kejadian itu malam ini berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan untuk memulihkan 1100mm bekalan air paip yang terjejas.
Dewan sekolah dimakan anai-anai: Kerja baik pulih siap dua bulan lagi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah memulakan tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sejak Januari lalu.