awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja pembaikan selesai, bekalan air di 13 kawasan dijangka pulih malam ini

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
04:01 MYT
Kerja pembaikan selesai, bekalan air di 13 kawasan dijangka pulih malam ini
Setakat jam 7 pagi ini, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 50 peratus.
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari di sini telah selesai dijalankan pada jam 9 malam tadi.
Susulan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, bekalan air di 13 kawasan yang mengalami gangguan tidak berjadual telah mula disalurkan bermula jam 3:30 pagi tadi.
Setakat jam 7 pagi ini, pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas tersebut telah mencapai tahap 50 peratus dan proses penstabilan sistem agihan bekalan air sedang dijalankan.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke 13 kawasan yang terjejas dijangka pada jam 8 malam ini," kata Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang masih terjejas.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini bekalan air menerusi komunikasi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor dan media sosial.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#paip pecah
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan