KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat tepat dalam memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin serius dalam komuniti ketika ini.
Demikian tegas Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Malah, PKBM jelasnya menyambut baik pemberhentian sementara kerja-kerja pembinaan untuk usaha itu dilaksanakan.
"Kami menyambut baik saranan Menteri Kerja Raya Malaysia yang mengumumkan semua kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara di semua lokaliti PKPD buat tempoh dua minggu ini sahaja.
"Sudah tentu pengumuman ini mengambil kira kepentingan menyelamatkan nyawa rakyat dan untuk memutuskan dahulu rangkaian penyebaran COVID-19 kali ini," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Tambah Azman, meskipun masih ada kelonggaran bagi kerja-kerja pembaikan, penyelengaraan dan pendawaian bersifat kritikal bagi kontraktor G1 dan G2 seperti diumumkan Ketua Polis Negara pada Sabtu, namun tegasnya, SOP yang ketat harus dipatuhi oleh setiap kontraktor dalam memastikan tiada penularan berlaku dalam kalangan mereka.
Mengulas mengenai pengumuman Menteri Kanan Pertahanan semalam berhubung lima negeri yang bakal memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok, tambah Azman, ia membuka sinar baharu kepada rakyat selepas PPN dilaksanakan sejak 1 Jun yang lalu.
"Kami juga menyambut baik pengumuman dari Menteri Pertahanan yang menyatakan permulaan bagi PPN fasa dua bagi negeri-negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak bermula 5 Julai 2021.
"Kegiatan harian penduduk di negeri-negeri ini akan dapat dimulakan dan memberikan sinar baru agar akitiviti ekonomi dapat berkembang kembali Insya-Allah.
"Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kanan Kerja Raya atas inisiatif bersama pihak CIDB yang telah membenarkan fasa pertama suntikan vaksin sebanyak 40,000 dos khusus kepada sektor industri pembinaan yang mana sambutannya amat baik," katanya lagi.
Justeru, PKBM berharap dos vaksin dapat ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap tenaga kerja industri pembinaan divaksinasi.
PKBM dalam pada itu turut menyampaikan penghargaan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin atas usaha kerasnya mendapatkan bekalan vaksin sekali gus mempercepatkan proses negara mencapai imuniti kelompok.
Fareez Azman
Sun Jul 04 2021
Menteri Kerja Raya Malaysia mengumumkan semua kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara di semua lokaliti PKPD buat tempoh dua minggu ini sahaja. - Gambar hiasan
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.