KEPALA BATAS: Kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua berjalan mengikut jadual dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan kerja pemulihan bekalan air peringkat pertama dilakukan seperti dirancang iaitu mulai 6.01 pagi esok.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata kerja penggantian dua injap itu telah mencapai kemajuan masing-masing 60 peratus dan 30 peratus.
"Buat masa ini, sasaran PBAPP tidak berubah. Kami sedang bertungkus lumus menyiapkan semua kerja seperti yang dijadualkan, selewat-lewatnya pada 6 pagi esok (11 Jan) termasuk kerja-kerja respons kecemasan Sungai Perai.
"Kami masih merancang untuk memulakan kerja pemulihan bekalan air peringkat satu seperti yang dirancang, mulai 6.01 pagi esok. PBAPP akan bekerja sepanjang malam dan awal pagi seperti yang diperlukan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata apabila PBAPP menutup bekalan air pagi tadi, penurunan tekanan air telah menyebabkan pengapit yang dipasang di bahagian bocor pada paip bawah air 1.35 cm di Sungai Perai pada Disember 2023 telah tercabut.
Beliau berkata bagaimanapun, PBAPP telah menjangkakan perkara itu dan mengerahkan satu pasukan yang terdiri daripada 16 penyelam komersial untuk memasang pengapit yang lebih selamat pada bahagian yang lebih besar daripada saluran paip yang bocor.
"Setakat ini, kerja-kerja di Sungai Perai berada pada tahap 50 peratus siap dan PBAPP berharap dapat disiapkan sepenuhnya pada 6 pagi esok," katanya.
Beliau berkata Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP telah memberi arahan untuk membina paip "S-Bend" di Sungai Perai bagi menyelesaikan masalah ini, namun kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dalam lima hingga lapan bulan kerana perlu mendapatkan kelulusan pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.
Sementara itu, Pathmanathan berkata PBAPP telah meluluskan sejumlah RM180 juta untuk melaksanakan kira-kira 76 projek yang melibatkan kerja-kerja penggantian dan penyelenggaraan di seluruh negeri yang akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
"Kerja-kerja ini akan melibatkan banyak pengorekan jalan kerana rantaian paip kami berada di bawah jalan, oleh itu penggantian paip perlu dana yang besar kerana separuh daripada kos kami adalah untuk pembaikan jalan selepas dikorek.
"Keseluruhannya, kami anggarkan kos yang diperlukan untuk penggantian paip sepanjang 1,200 km ialah RM2.2 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

K. Pathmanathan berkata kerja penggantian dua injap telah mencapai kemajuan masing-masing 60 peratus dan 30 peratus. - Bernama
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

Selangor rangka pelan induk air, tangani isu berbangkit secara holistik - Amirudin
Selangor ketika ini sedang merangka pelan induk air bagi menangani isu berkaitan bekalan air jangka panjang, pencemaran serta penyelesaian masalah banjir di kawasan tertentu.

RUU berkaitan pengurusan sumber air mentah dibentang bulan ini - Chow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membentangkan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengurusan sumber air mentah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

LRA Wakaf Bunut beroperasi selepas isu pencemaran Sungai Rasau
LRA Wakaf Bunut di Pasir Puteh kembali beroperasi selepas dihentikan sementara berikutan insiden pencemaran air di Sungai Rasau baru-baru ini.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 1.9 peratus pada Mac 2025 - DOSM
Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) susut 1.9 peratus pada Mac 2025 berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

Peniaga simpan air awal, premis makanan beroperasi seperti biasa
Peniaga, terutama dalam sektor makanan dan minuman di P. Pinang alami gangguan bekalan air berjadual selama 4 hari bermula semalam.

Persiapan pelaksanaan 23 projek air serentak memuaskan - PBAPP
Persiapan bagi pelaksanaan serentak 23 projek kerja air di Pulau Pinang bermula 25 April ini adalah memuaskan, dengan projek tersebut sedia dilaksanakan secara selamat, pantas dan berjaya.

13 projek pembangunan jangka panjang pastikan bekalan air mencukupi di Sabah
Ia sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan bekalan air di negeri Sabah mencukupi.

Selesai masalah 'tiga serangkai' yang sekian lama membelenggu Sabah - ADUN
Masih ada rakyat yang berdepan dengan masalah infrastruktur bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Anwar bantu selesai isu bekalan air Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi
Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik PM bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada PAIP.