MALAYSIA
Kerja penyelenggaraan struktur gantri di KM238 Lebuhraya Utara-Selatan malam ini
PLUS memaklumkan kerja penyelenggaraan itu akan dijalankan dari 9 malam hingga 5 pagi dan dijangka menyebabkan gangguan trafik minimum di lokasi terbabit.
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyelenggaraan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Simpang Ampat dan Pedas Linggi di Kilometer 238 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan bermula malam ini hingga esok.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja penyelenggaraan itu akan dijalankan dari 9 malam hingga 5 pagi dan dijangka menyebabkan gangguan trafik minimum di lokasi terbabit.
"Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja dijalankan serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, akaun X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan ketika berlaku kecemasan.
-- BERNAMA