MALAYSIA
Kerja penyelenggaraan waktu malam di Besraya mulai 3 Jun hingga 30 Nov
KUALA LUMPUR: Besraya (M) Sdn Bhd sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula 3 Jun hingga 30 Nov ini.
Ringkasan AI
- Besraya (M) Sdn Bhd akan menjalankan kerja-kerja turapan dan penandaan jalan di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dari 3 Jun hingga 30 November, dengan penutupan lorong dilakukan secara berperingkat.
- Semua kerja penyelenggaraan hanya akan dilakukan antara jam 10 malam hingga 6 pagi bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
- Besraya akan memaklumkan penutupan lorong melalui papan tanda elektronik, dan pengguna lebuh raya dinasihatkan agar mematuhi arahan untuk keselamatan.
"Besraya juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya.
"Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kerja penyelenggaraan tersebut dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.
Besraya turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna lebuh raya, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian Besline di 1-800-88-0999.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami