MALAYSIA
Kerjasama antara pelabuhan Malaysia-China tingkat kecekapan operasi - Hasbi
Hasbi ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Tahunan CMPA ke-6 hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Kerjasama erat antara pelabuhan Malaysia dengan Cina melalui China-Malaysia Port Alliance (CMPA) akan mempercepat pendigitalan, meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong peralihan ke arah ekosistem maritim rendah karbon dan mampan.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata sejak penubuhan pada 2015, CMPA telah berkembang menjadi rangkaian dinamik yang merangkumi 24 pelabuhan ahli - sembilan dari Malaysia dan 15 dari China - berfungsi sebagai platform penting untuk dialog, jaringan perniagaan dan kerjasama teknikal.
"CMPA perlu terus berkembang menjadi 'makmal inovasi' bagi memajukan teknologi pelabuhan pintar, automasi dan inisiatif tenaga hijau.
"Sepanjang dekad yang lepas, CMPA membolehkan pelabuhan kita saling belajar dan bersama-sama mengukuhkan keterhubungan maritim, sekali gus membuka laluan kepada kerjasama lebih erat dalam bidang teknologi, logistik dan inisiatif pelabuhan hijau," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Tahunan CMPA ke-6 di sini hari ini.
Beliau berkata kemajuan CMPA mencerminkan kekuatan berterusan hubungan Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-51 tahun ini, dibina berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan kemakmuran bersama.
Hasbi berkata kerjasama antara Malaysia dengan China mencapai tahap baharu susulan lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lepas, dan dikukuhkan lagi dengan kedatangan Perdana Menteri Li Qiang bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada bulan lepas.
Pada sidang kemuncak itu, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) ditandatangani antara dua negara, merangkumi pasaran gabungan lebih dua bilion penduduk, membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, ekonomi digital dan pertumbuhan hijau sejajar dengan matlamat CMPA untuk mempromosikan pelabuhan mampan dan bersedia menghadapi masa depan.
Berhubung kemajuan Malaysia dalam pembangunan maritim, Hasbi berkata Pelabuhan Klang mencatat sejarah apabila berada di tangga ke-10 dalam senarai 100 pelabuhan utama dengan mengendalikan 14.64 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU).
Beliau berkata Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor pula merekodkan 12.25 juta TEU untuk menduduki tempat ke-15 dunia, manakala Pelabuhan Kuantan dijangka mencapai kapasiti pengendalian tahunan sebanyak 50 juta tan, selain Pelabuhan Bintulu dan Kuching di Sarawak serta Pelabuhan Sabah terus menyokong industri serantau dan pengendalian kargo khusus.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) katanya, yang dijadualkan siap menjelang hujung 2026, akan memperkukuh lagi keterhubungan kargo antara Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan, sekali gus mengurangkan masa transit dan kos logistik, serta menjadikan Malaysia sebagai hab logistik dan pemindahan muatan yang utama.
Sebagai sebahagian daripada agenda Mesyuarat Tahunan CMPA yang berlangsung bersempena dengan Transport Expo Asia (TXA) 2025, dua forum berkenaan transformasi digital pelabuhan dan kerjasama industri pelayaran turut diadakan.
"Forum ini menawarkan peluang berharga untuk kita berkongsi pandangan, bertukar-tukar amalan terbaik dan memperkukuh kerjasama ... saya yakin perbincangan ini akan memperdalam persefahaman bersama dan membuka ruang kerjasama baharu," kata Hasbi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerjasama erat antara pelabuhan Malaysia dan Cina melalui China-Malaysia Port Alliance (CMPA) akan mempercepat pendigitalan, meningkatkan kecekapan operasi, dan menyokong ekosistem maritim rendah karbon.
- CMPA, yang merangkumi 24 pelabuhan ahli dari Malaysia dan China, berperanan sebagai platform penting untuk dialog, jaringan perniagaan, dan kerjasama teknikal dalam memajukan teknologi pelabuhan pintar dan inisiatif tenaga hijau.
- Kerjasama Malaysia dengan China, yang semakin kukuh sejak lawatan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang, termasuk perjanjian perdagangan ACFTA 3.0, membuka peluang baru dalam perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, dan pertumbuhan hijau, serta mempromosikan pelabuhan mampan dan bersedia menghadapi masa depan.