KUALA LUMPUR: Malaysia berpandangan bahawa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan China harus bekerjasama dalam bidang ekonomi, transformasi, infrastruktur dan kesalinghubungan bagi memastikan rantaian bekalan kekal lancar tanpa halangan selain terus berkembang dari segi pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19.
Ketika berkongsi pandangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan perjanjian perdagangan bebas ASEAN-China yang menyeluruh juga mampu menyumbang kepada usaha mempercepat pemulihan serta daya tahan serantau.
"Malaysia juga menggalakkan ASEAN dan China supaya bekerjasama dalam bidang kesihatan awam dan keupayaan farmaseutikal melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan harta intelek," katanya pada sidang media mengenai hasil Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China bagi memperingati ulang tahun ke-30 Dialog ASEAN-China, secara maya hari ini.
Kenyataan perdana menteri itu disampaikan menerusi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sidang kemuncak tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden China Xi Jinping.
Sementara itu, mengulas pendirian terkini Malaysia mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative-BRI) dengan China, Saifuddin berkata negara ini masih berpendirian sama walaupun di bawah kerajaan berbeza.
"(Namun) mungkin dengan penekanan berbeza bagi projek tertentu. Bagaimanapun, Malaysia secara keseluruhannya sentiasa menyokong BRI sama ada di bawah (pentadbiran) kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan kerajaan sekarang," katanya.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan bersama Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China itu, pihak terbabit menegaskan komitmen terhadap sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, bebas, inklusif, telus dan tiada diskriminasi dari segi peraturan berdasarkan teras Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Pada masa sama, ia turut menyatakan kesediaan dalam menjadikan ekonomi global lebih terbuka, inklusif, seimbang dan memberi manfaat untuk semua.
ASEAN-China juga mengalu-alukan pelaksanaan Perjanjian RCEP pada 1 Jan, 2022 dan memberi komitmen untuk saling bekerjasama demi manfaat untuk perniagaan dan rakyat di rantau berkenaan.
"Usaha akan diambil bagi melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan elemen selebihnya dalam Program Kerja Masa Depan di bawah Protokol Peningkatan ACFTA selain turut menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama untuk meninjau bidang lain yang boleh dimasukkan dalam memperkukuh ACFTA," katanya.
Ini termasuk mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dalam ekonomi digital serta menerapkan sumber-sumber pertumbuhan baharu bagi kerjasama dan usaha ke arah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China yang lebih inklusif, moden, komprehensif serta saling menguntungkan, kata kenyataan itu.
Malah, ini dapat mempercepat pelaksanaan Kenyataan Bersama ASEAN-China mengenai peningkatan Sinergi Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC) 2025 dan BRI dalam merealisasikan kerjasama saling memanfaatkan dan berkualiti tinggi selain menggalakkan sokongan institusi kewangan termasuk Bank Pelaburan Infrastruktur Asia untuk mencapai matlamat pembangunan bertaraf tinggi, berorientasikan rakyat dan mampan.
Menurut kenyataan itu, perkara lain yang akan turut ditinjau adalah sinergi antara Pelan Induk Digital ASEAN 2025 dan Inisiatif Membangunkan Kerjasama ASEAN-China mengenai Ekonomi Digital, Pelan Tindakan dan meningkatkan kerjasama dalam ekonomi digital, pembangunan bandar pintar, kecerdasan buatan, e-dagang, data raya, kes penggunaan 5G, transformasi digital selain keselamatan siber dan data dalam usaha penerimagunaan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Di samping itu, ASEAN-China akan turut menerapkan rangsangan baharu bagi kerjasama menerusi usaha merangka dan melaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-China mengenai Kerjasama Erat dalam Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Masa Depan (2021-2025), meninjau kerjasama ekonomi berkarbon rendah dan pembangunan mampan.
Selain itu, ia akan turut menggalakkan kerjasama baharu dalam teknologi digital selain meningkatkan aspek seperti ekosistem marin, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi persidangan video, hari ini. - Foto BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.