MALAYSIA
Kerjasama CIMB, TNG Digital terus perkasa keterangkuman kewangan masyarakat
Wakil CIMB Group dan TNG Digital bergambar semasa pelancaran rasmi e-Mas, produk pelaburan emas digital terbaharu di bawah platform Touch ‘n Go eWallet. – Gambar CIMB
KUALA LUMPUR: Di sebalik kemajuan pesat ekonomi digital negara, masih wujud segmen masyarakat di Malaysia yang tercicir atau kurang akses kepada perkhidmatan kewangan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurang keterangkuman kewangan dalam kalangan golongan ini membimbangkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kewangan, terutama ketika berdepan situasi mencabar, malah turut meningkatkan risiko menjadi mangsa penipuan.
Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk mencapai kesejahteraan kewangan yang baik sebagai salah satu asas utama kehidupan (seiring dengan kesihatan dan pendidikan), agar mereka dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan dengan lebih yakin.
Menyedari betapa pentingnya untuk merapatkan jurang ini, CIMB Group sentiasa komited menyediakan akses menyeluruh kepada perkhidmatan kewangan yang berkualiti, mampu diakses, berpatutan dari segi caj, serta telus dan dipercayai, bagi membantu masyarakat untuk bersama-sama maju ke hadapan.
Antara inisiatif strategik yang mendukung usaha ini adalah melalui aplikasi TNG eWallet, yang didayakan oleh TNG Digital Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat usaha sama di mana pemegang saham utamanya ialah CIMB Group melalui anak syarikat milik penuhnya, Touch ‘n Go Sdn. Bhd., bersama rakan kongsi strategik lain.
Lebih daripada sekadar Dompet Digital
Jika dahulu TNG eWallet lebih dikenali sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai, hari ini ia telah berevolusi menjadi platform kewangan digital yang lengkap dan dipercayai.
Dengan lebih 24 juta pengguna, ia merangkumi 84% daripada populasi dewasa Malaysia, menjadikannya antara e-dompet paling menyeluruh di Malaysia.
Antara ciri utama yang ditawarkan oleh aplikasi ini termasuklah:
• Penyimpanan wang secara digital dalam akaun eWallet yang selamat dan mudah diakses
• Pembiayaan mikro untuk peniaga kecil dan pekerja gig
• Pelaburan rendah risiko seperti GO+, ASNB dan e-Mas dengan jumlah serendah RM10
• Program literasi kewangan dan kesedaran anti-scam secara maya dan fizikal
Akses digital yang mengubah kesejahteraan kewangan golongan tercicir
Sejak diperkenalkan, TNG eWallet telah membawa perubahan positif kepada puluhan ribu individu yang sebelum ini terpinggir daripada perkhidmatan kewangan formal.
Hari ini, manfaatnya dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat:
• Lebih RM2.5 bilion gaji digital telah dikreditkan ke dalam akaun TNG eWallet pekerja migran, membolehkan mereka menyimpan wang dengan selamat, berbelanja dengan mudah dan menghantar wang pulang kepada keluarga di negara asal masing-masing. Kesemua transaksi ini dapat dilakukan dalam satu platform yang mudah digunakan.
• Komuniti pelarian juga tidak terkecuali. Melalui kerjasama dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), lebih 30,000 pelarian kini mempunyai akses kepada transaksi digital.
• Lebih 800 peserta daripada pelbagai komuniti, termasuk 600 warga emas, turut mendapat manfaat daripada latihan literasi kewangan digital “Let’s Duit”, yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka dalam mengurus kewangan di era digital.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, pendekatan inklusif perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan adil kepada semua lapisan masyarakat.
“Kami percaya pemerkasaan kewangan adalah satu hak, bukan keistimewaan. Misi kami adalah untuk membina ekosistem digital yang terbuka kepada semua, dari pekerja migran hingga warga emas, agar kami dapat bersama-sama membantu mereka membina masa depan kewangan yang lebih terjamin dan mampan,” katanya.
Menyokong PMKS dan Ekonomi Gig
Selain memperkasa kewangan individu, TNG eWallet turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pekerja ekonomi gig.
Dengan sokongan pelaburan dan kepakaran kewangan CIMB, peniaga kecil kini mempunyai akses kepada pelbagai penyelesaian digital yang mudah dan berpatutan, sesuai untuk operasi harian mereka.
Pada masa yang sama, TNG Digital juga memperkenalkan inovasi digital selain dari pembiayaan yang memberi nilai tambah kepada urusan perniagaan golongan PKNS, termasuk:
• Akaun perniagaan digital (TNG Digital Business Account) bagi pengurusan kewangan yang lebih cekap; dan
• Soundbox ialah peranti transaksi yang memberikan notifikasi audio secara masa nyata setiap kali bayaran diterima melalui imbasan kod QR TNG eWallet. Peranti ini membolehkan peniaga mengesahkan jumlah pembayaran dengan segera, terutamanya pada waktu puncak, tanpa perlu menyemak secara manual.
Selain itu, ciri ini membantu mengurangkan risiko penipuan pembayaran seperti penggunaan resit palsu, serta memastikan setiap transaksi direkod dengan jelas dan tepat melalui paparan LED pada peranti.
Kini, ekosistem perniagaan di TNG eWallet merangkumi lebih dua juta titik jualan, dengan 70% daripadanya melibatkan perniagaan mikro dan pekerja ekonomi gig. Ini merupakan bukti nyata bahawa penyelesaian digital mampu memperluas daya saing mereka di pasaran terbuka.
Akses kewangan digital kini untuk semua - Bersama membina masyarakat celik kewangan
Kerjasama antara CIMB dan TNG Digital menerusi TNGD eWallet ini bukan sekadar untuk mengenengahkan teknologi perbankan, tetapi merupakan satu langkah penting dalam menyokong aspirasi negara untuk memperluas ekonomi digital, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk terus berkembang, serta meningkatkan keterangkuman kewangan di seluruh lapisan masyarakat.
Hari ini, akses kewangan menyeluruh iaitu dari simpanan, insurans, pelaburan hingga pembiayaan kini mudah dicapai dan mampu dinikmati oleh semua pengguna.
Apa yang dulunya rumit, kini lebih mudah, inklusif dan menyeluruh dan berpatutan, untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, celik kewangan, dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.
CIMB dan TNG Digital berharap agar aplikasi TNG eWallet terus dimaanfatkan sebaiknya oleh segenap golongan pengguna bagi menikmati kemudahan kewangan digital yang selamat dan berimpak, sekaligus menjadi masyarakat inklusif yang maju seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jurang keterangkuman kewangan di Malaysia masih menjadi isu, menjejaskan kesejahteraan golongan tercicir dan meningkatkan risiko penipuan. Penting bagi setiap individu mencapai kesejahteraan kewangan untuk merancang masa depan dengan yakin.
- Aplikasi TNG eWallet, yang merupakan platform kewangan digital lengkap, telah membawa perubahan positif kepada golongan terpinggir, termasuk pekerja migran, pelarian, dan warga emas, dengan lebih RM2.5 bilion gaji digital dikreditkan ke akaun eWallet pekerja migran.
- TNG eWallet turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta pekerja ekonomi gig dengan pelbagai penyelesaian digital serta inovasi seperti Soundbox, memberikan nilai tambah kepada urusan perniagaan golongan PKNS.
Jurang keterangkuman kewangan dalam kalangan golongan ini membimbangkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kewangan, terutama ketika berdepan situasi mencabar, malah turut meningkatkan risiko menjadi mangsa penipuan.
Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk mencapai kesejahteraan kewangan yang baik sebagai salah satu asas utama kehidupan (seiring dengan kesihatan dan pendidikan), agar mereka dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan dengan lebih yakin.
Menyedari betapa pentingnya untuk merapatkan jurang ini, CIMB Group sentiasa komited menyediakan akses menyeluruh kepada perkhidmatan kewangan yang berkualiti, mampu diakses, berpatutan dari segi caj, serta telus dan dipercayai, bagi membantu masyarakat untuk bersama-sama maju ke hadapan.
Antara inisiatif strategik yang mendukung usaha ini adalah melalui aplikasi TNG eWallet, yang didayakan oleh TNG Digital Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat usaha sama di mana pemegang saham utamanya ialah CIMB Group melalui anak syarikat milik penuhnya, Touch ‘n Go Sdn. Bhd., bersama rakan kongsi strategik lain.
Lebih daripada sekadar Dompet Digital
Jika dahulu TNG eWallet lebih dikenali sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai, hari ini ia telah berevolusi menjadi platform kewangan digital yang lengkap dan dipercayai.
Dengan lebih 24 juta pengguna, ia merangkumi 84% daripada populasi dewasa Malaysia, menjadikannya antara e-dompet paling menyeluruh di Malaysia.
Antara ciri utama yang ditawarkan oleh aplikasi ini termasuklah:
• Penyimpanan wang secara digital dalam akaun eWallet yang selamat dan mudah diakses
• Pembiayaan mikro untuk peniaga kecil dan pekerja gig
• Pelaburan rendah risiko seperti GO+, ASNB dan e-Mas dengan jumlah serendah RM10
• Program literasi kewangan dan kesedaran anti-scam secara maya dan fizikal
Akses digital yang mengubah kesejahteraan kewangan golongan tercicir
Sejak diperkenalkan, TNG eWallet telah membawa perubahan positif kepada puluhan ribu individu yang sebelum ini terpinggir daripada perkhidmatan kewangan formal.
Hari ini, manfaatnya dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat:
• Lebih RM2.5 bilion gaji digital telah dikreditkan ke dalam akaun TNG eWallet pekerja migran, membolehkan mereka menyimpan wang dengan selamat, berbelanja dengan mudah dan menghantar wang pulang kepada keluarga di negara asal masing-masing. Kesemua transaksi ini dapat dilakukan dalam satu platform yang mudah digunakan.
• Komuniti pelarian juga tidak terkecuali. Melalui kerjasama dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), lebih 30,000 pelarian kini mempunyai akses kepada transaksi digital.
• Lebih 800 peserta daripada pelbagai komuniti, termasuk 600 warga emas, turut mendapat manfaat daripada latihan literasi kewangan digital “Let’s Duit”, yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka dalam mengurus kewangan di era digital.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, pendekatan inklusif perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan adil kepada semua lapisan masyarakat.
“Kami percaya pemerkasaan kewangan adalah satu hak, bukan keistimewaan. Misi kami adalah untuk membina ekosistem digital yang terbuka kepada semua, dari pekerja migran hingga warga emas, agar kami dapat bersama-sama membantu mereka membina masa depan kewangan yang lebih terjamin dan mampan,” katanya.
Menyokong PMKS dan Ekonomi Gig
Selain memperkasa kewangan individu, TNG eWallet turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pekerja ekonomi gig.
Dengan sokongan pelaburan dan kepakaran kewangan CIMB, peniaga kecil kini mempunyai akses kepada pelbagai penyelesaian digital yang mudah dan berpatutan, sesuai untuk operasi harian mereka.
Pada masa yang sama, TNG Digital juga memperkenalkan inovasi digital selain dari pembiayaan yang memberi nilai tambah kepada urusan perniagaan golongan PKNS, termasuk:
• Akaun perniagaan digital (TNG Digital Business Account) bagi pengurusan kewangan yang lebih cekap; dan
• Soundbox ialah peranti transaksi yang memberikan notifikasi audio secara masa nyata setiap kali bayaran diterima melalui imbasan kod QR TNG eWallet. Peranti ini membolehkan peniaga mengesahkan jumlah pembayaran dengan segera, terutamanya pada waktu puncak, tanpa perlu menyemak secara manual.
Selain itu, ciri ini membantu mengurangkan risiko penipuan pembayaran seperti penggunaan resit palsu, serta memastikan setiap transaksi direkod dengan jelas dan tepat melalui paparan LED pada peranti.
Kini, ekosistem perniagaan di TNG eWallet merangkumi lebih dua juta titik jualan, dengan 70% daripadanya melibatkan perniagaan mikro dan pekerja ekonomi gig. Ini merupakan bukti nyata bahawa penyelesaian digital mampu memperluas daya saing mereka di pasaran terbuka.
Akses kewangan digital kini untuk semua - Bersama membina masyarakat celik kewangan
Kerjasama antara CIMB dan TNG Digital menerusi TNGD eWallet ini bukan sekadar untuk mengenengahkan teknologi perbankan, tetapi merupakan satu langkah penting dalam menyokong aspirasi negara untuk memperluas ekonomi digital, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk terus berkembang, serta meningkatkan keterangkuman kewangan di seluruh lapisan masyarakat.
Hari ini, akses kewangan menyeluruh iaitu dari simpanan, insurans, pelaburan hingga pembiayaan kini mudah dicapai dan mampu dinikmati oleh semua pengguna.
Apa yang dulunya rumit, kini lebih mudah, inklusif dan menyeluruh dan berpatutan, untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, celik kewangan, dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.
CIMB dan TNG Digital berharap agar aplikasi TNG eWallet terus dimaanfatkan sebaiknya oleh segenap golongan pengguna bagi menikmati kemudahan kewangan digital yang selamat dan berimpak, sekaligus menjadi masyarakat inklusif yang maju seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah jurang keterciciran kewangan dalam masyarakat Malaysia menjadi kebimbangan?
A: Jurang keterciciran kewangan dalam masyarakat Malaysia menjadi kebimbangan kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan kewangan dan meningkatkan risiko menjadi mangsa penipuan. - Q: Apa kelebihan utama aplikasi TNG eWallet yang menyumbang kepada kesejahteraan kewangan golongan tercicir?
A: Aplikasi TNG eWallet menyediakan penyimpanan wang secara digital yang selamat, pembiayaan mikro untuk peniaga kecil, pelaburan rendah risiko, dan program literasi kewangan serta kesedaran anti-scam. - Q: Bagaimanakah TNG eWallet membantu pekerja migran dan komuniti pelarian di Malaysia?
A: TNG eWallet membolehkan lebih RM2.5 bilion gaji digital dikreditkan kepada akaun pekerja migran, dan komuniti pelarian kini juga mempunyai akses kepada transaksi digital melalui kerjasama dengan UNHCR. - Q: Apakah peranan TNG eWallet dalam menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS)?
A: TNG eWallet menyokong pertumbuhan perusahaan PMKS dengan menyediakan penyelesaian digital yang mudah dan berpatutan, serta inovasi seperti akaun perniagaan digital dan Soundbox untuk peniaga. - Q: Bagaimanakah kerjasama antara CIMB dan TNG Digital menerusi TNG eWallet menyumbang kepada aspirasi negara dalam memperluas ekonomi digital?
A: Kerjasama antara CIMB dan TNG Digital melalui TNG eWallet menyumbang kepada aspirasi negara dalam memperluas ekonomi digital dengan menyokong perusahaan mikro, kecil, dan sederhana untuk berkembang serta meningkatkan keterangkuman kewangan dalam masyarakat.