MALAYSIA
Kerjasama dalam sektor semikonduktor Malaysia-India jadi tumpuan utama menjelang lawatan Modi
Liew Chin Tong yang bertemu dengan Jitin Prasada berkata, perbincangan mereka juga tertumpu kepada pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan India. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan India sedang meneroka kerjasama lebih erat dalam sektor semikonduktor, pengumuman mengenainya dijangka dilakukan semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia bulan depan.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong yang bertemu dengan Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri India, Jitin Prasada untuk mesyuarat dua hala pada tengah hari, hari ini berkata perbincangan itu juga tertumpu kepada pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan India.
"Terdapat banyak potensi untuk Malaysia dan India bekerjasama dalam semikonduktor," katanya kepada Bernama.
Modi antara pemimpin yang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober depan bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.
Mesyuarat dua hala antara India dan Malaysia diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini termasuk Perundingan AEM-India ke-22.
Liew menyifatkan perbincangan dengan India sebagai "jujur dan berterus-terang", dan memberitahu bahawa mengadakan libat urus secara berterusan akan membantu kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Perdagangan dua hala Malaysia-India mencecah US$20.01 bilion pada 2023-2024.
Malaysia adalah rakan dagangan ke-16 terbesar India dan berada di kedudukan sebagai rakan dagang ketiga terbesar negara di ASEAN manakala India berada antara 10 rakan dagangan teratas Malaysia.
-- BERNAMA