GADGETS

Kerjasama dengan Hasselblad tamat, OnePlus bangunkan DetailMax Engine

Amanz 07/09/2025 | 06:15 MYT
OnePlus DetailMax Engine akan diperkenalkan bersama telefon pintar mercu mereka yang akan datang. -Amanz
ONEPLUS berkongsi bahawa kerjasama lima tahun dengan Hasselblad kini tamat. Bergerak ke hadapan, OnePlus akan membangunkan penyelesaian pengimejan mereka tersendiri dinamakan OnePlus DetailMax Engine.


Ringkasan AI
  • OnePlus menamatkan kerjasama lima tahun dengan Hasselblad dan kini membangunkan teknologi pengimejan sendiri dikenali sebagai OnePlus DetailMax Engine.
  • Teknologi ini bertujuan menghasilkan gambar yang lebih asli dan jelas, dengan prototaip awal sedang diuji secara dalaman.
  • OnePlus DetailMax Engine akan diperkenalkan bersama telefon pintar mercu mereka yang akan datang.


Menurut OnePlus, kerjasama mereka dengan Hasselblad sedia membantu mereka dalam mempelajari pelbagai perkara berkenaan dengan pengimejan.

Kini mereka meneruskan hasil pembelajaran melalui OnePlus DetailMax Engine, yang akan bukan sahaja merakamkan dunia dengan cantik, tetapi juga seumpama bentuk nyata dan jelas.

OnePlus sasarkan untuk membolehkan peranti mereka merakamkan gambar seumpama yang asli menggunakan telefon pintar. Beberapa prototaip awal kini dalam fasa ujian dalaman oleh pihak OnePlus.

Pihak OnePlus menyatakan OnePlus DetailMax Engine ini akan hadir bersama telefon pintar mercu mereka yang akan datang, di mana lebih banyak info dijangka dikongsikan melaluinya kelak. -Amanz





#telefon pintar #OnePlus #Hasselblad #DetailMax Engine