awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
07/02/2026
12:22 MYT
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Narendra Modi menekankan, kerjasama teknologi antara kedua-dua negara telah memacu transformasi bersama dan membawa manfaat kepada rakyat.- Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memperhebat kerjasama teknologi dengan India bagi mempermudah urusan rentas sempadan.
Menurut Anwar, kerjasama dalam semikonduktor, pembuatan maju, kewangan digital, kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber bakal menentukan hala tuju rantau ini pada abad hadapan.
“Ekosistem elektronik Malaysia yang mantap dan pasaran serta keupayaan reka bentuk India yang berkembang saling melengkapi secara semula jadi,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Pusat Konvensyen The Mines bersama komuniti India hari ini.
Bercakap di hadapan Perdana Menteri India, Narendra Modi, beliau menegaskan komitmen Majlis Digital Malaysia-India untuk mempermudah urusan antara Sistem Pembayaran Bersatu India (UPI) dan PayNet Malaysia.
“Ia bertujuan memudahkan pembayaran merentas sempadan bagi sektor perniagaan golongan pelajar, dan pelancong,” Katanya.
Modi tiba di Malaysia pada petang ini bagi lawatan rasmi kali ketiga, sebagai kunjungan balas terhadap lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke India pada Ogos 2024.
Dalam ucapannya, Modi menekankan bahawa kerjasama teknologi antara kedua-dua negara telah memacu transformasi bersama dan membawa manfaat kepada rakyat.
“Saya gembira berkongsi bahawa UPI India akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi,” kata Modi.
Modi turut menyatakan rasa bangga apabila India berperanan dalam menubuhkan fasiliti pembuatan insulin pertama dan terbesar di Malaysia, iaitu Biocon Biologics.
Selain itu, lebih 100 syarikat Teknologi Maklumat (IT) India beroperasi di Malaysia, menjana ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Topic Berkaitan
#kerjasama teknologi
#India
#sektor pembuatan
#AI
#semikonduktor
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan