awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat dua beranak reput: Kali terakhir jiran lihat mangsa dua bulan lalu
MALAYSIA
ASEAN25: Gangguan trafik dijangka sempena Pemukiman Menteri Luar
BISNES
Viviantie Sarjuni dilantik CEO INSKEN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerjasama global penting untuk peralihan hijau dan digital - Pakar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/06/2025
23:00 MYT
Kerjasama global penting untuk peralihan hijau dan digital - Pakar
Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia dilihat mempunyai peranan penting dalam memacu agenda kelestarian serantau. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dalam usaha meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China, perhatian turut tertumpu kepada bagaimana ekonomi lain, khususnya di rantau ASEAN, menyesuaikan diri dengan landskap global yang semakin kompleks.
Timbalan Ketua Pusat Wilayah, Perdagangan dan Geopolitik di Forum Ekonomi Dunia (WEF), Kimberley Botwright menekankan bahawa, strategi perdagangan masa kini perlu sejajar dengan dua pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa hadapan iaitu peralihan hijau dan transformasi digital.
Menurutnya, sektor tenaga bersih sahaja dijangka mencapai nilai AS$2 trilion dalam tempoh sedekad akan datang. Justeru, ASEAN digalakkan untuk membangunkan ekonomi hijau serantau serta rantaian nilai dalam bidang strategik seperti kenderaan elektrik, tenaga solar dan teknologi bateri.
"Kuncinya adalah mencari pendekatan untuk mengurus perdagangan serta kaitannya dengan peralihan hijau dan digital. Kedua-dua aliran ini, hijau dan digital, merupakan tunjang masa depan ekonomi global.
"ASEAN perlu bertindak pantas untuk merebut peluang ini dengan membina kapasiti dan kerjasama serantau," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia dilihat mempunyai peranan penting dalam memacu agenda kelestarian serantau. Antara inisiatif yang boleh dipertimbangkan ialah rundingan ke arah Perjanjian Ekonomi Hijau ASEAN, satu langkah yang boleh membuka laluan baharu dalam kerjasama ekonomi mampan.
"Sebagai perbandingan, pasukan kami di WEF kini turut menyokong ASEAN dalam pembangunan ekonomi digital. ASEAN kini dalam proses merundingkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital, yang dijangka menjadi perjanjian perdagangan digital serantau pertama di dunia.
"Ia menunjukkan bagaimana integrasi serantau mampu membuka ruang kepada sumber pertumbuhan ekonomi baharu," tambahnya.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#ekonomi hijau
#digital
#pertumbuhan ekonomi
#WEF
#Kimberley Botwright
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami