awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/01/2025
15:41 MYT
Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Zambry berkata, Malaysia juga perlu menghantar modal insan negara ke luar bagi mendapatkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dengan industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

Ringkasan AI
  • Kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dengan industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu penting bagi mengelakkan ketidaksepandanan dalam konteks pekerjaan yang dipelopori oleh modal insan negara berbeza dengan ilmu yang dipelajari.
  • Selain itu tambahnya, Malaysia juga perlu menghantar modal insan negara ke luar bagi mendapatkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu penting bagi mengelakkan ketidaksepandanan dalam konteks pekerjaan yang dipelopori oleh modal insan negara berbeza dengan ilmu yang dipelajari.
''Antara langkah yang dibuat di peringkat pengajian tinggi ini melibatkan universiti dan juga politeknik dan itu di bawah rangkuman kementerian, jadi kita membuka ruang itu supaya hubungan antara universiti dengan politeknik dengan universiti (dijalinkan).
“Sama ada proses itu berlaku di industri berkenaan ataupun di (fasiliti) industri (tersebut) berada dalam kampus-kampus kita, ambil contoh dalam konteks MTUN-Malaysian Technical University Network yang ada seperti UTEM dan sebagainya. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pun ada dan ini merupakan langkah yang perlu kita lakukan supaya perkembangan terkini dalam industri.
‘’Kita ambil contoh dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), semicon, yang sangat terkehadapan yang memerlukan kepantasan kita bergerak sama dam bekerjasama dengan industri ini adalah sangat penting dan itu kita lakukan sepertimana dilakukan oleh USM, UNIMAP di Perlis dan sebagainya,’’ katanya.
Zambry berkata demikian semasa program Agenda AWANI yang memfokuskan isu Pendidikan Tinggi Kalis Pasaran Kerja Masa Hadapan sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Selain itu tambahnya, Malaysia juga perlu menghantar modal insan negara ke luar bagi mendapatkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan negara.
Ujarnya usaha ini selaras dengan perkembangan teknologi masa kini yang memerlukan kepantasan bertindak bagi mendepani arus perubahan.
‘’ Kita juga perlu (dan) ada menghantar pelajar-pelajar kita untuk mendapatkan kepakaran-kepakaran terkini.
‘’Ramai dan ribuan (pelajar Malaysia) (khususnya) dalam konteks TVET sebagai contoh, telah kita hantar maksud saya ialah dari segi keterbukaan itu perlu ada dan (kita) sedang lakukan itu,’’ katanya.
Agenda AWANI: Pengajian tinggi kalis pasaran kerja masa depan
Topic Berkaitan
#pasaran kerja
#industri baharu
#ketidaksepadanan
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan