DALAM keadaan dunia masih bergelut menghadapi pandemik COVID-19, sektor pendidikan tinggi tetap memainkan peranan penting dan perlu terus aktif walau bagaimana cara sekalipun ilmu disampaikan.
Umum sedia maklum bahawa pendidikan tinggi menjadi antara nadi pembangunan sesebuah negara terutama dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi.
Jadi, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu terus menyusun strategi supaya mampu menghasilkan model program pendidikan yang mempunyai daya tahan dalam apa juga keadaan.
Contohnya, dalam tempoh pandemik COVID-19, IPT perlu melihat dengan pelbagai perubahan norma baharu wujud banyak peluang kerjasama antara satu sama lain atau dengan industri strategik.
Jalinan kerjasama pastinya dapat memberikan nilai tambah sama ada dalam bentuk kewangan atau peningkatan tahap kecemerlangan sesebuah IPT itu sendiri mahupun warganya.
Cabaran COVID-19 menuntut IPT memikirkan strategi signifikan membabitkan jalinan kolaborasi dan perkongsian yang lebih mendalam menerusi satu model kerjasama yang bersifat jangka panjang.
Ketika inilah IPT sama ada besar atau kecil perlu merebut peluang mencari rakan kerjasama bagi mengoptimumkan kepakaran yang ada atau menjalin kerjasama bagi memenuhi keperluan agenda kerajaan.
Pengoptimuman kepakaran boleh diolah dalam bentuk kerjasama konsortium, misalnya menerusi jaringan kolaborasi empat pihak terdiri daripada dua IPT, satu agensi kerajaan serta satu syarikat swasta yang menawarkan kursus jangka pendek dalam bentuk ‘microcredential’.
Persijilan boleh dikeluarkan oleh satu daripada IPT berkenaan, manakala kepakaran empat institusi itu digarap bersama untuk menawarkan kursus jangka pendek atau program akademik.
Penawaran kursus yang unik, berteknologi tinggi atau kemahiran yang mengikut keperluan semasa juga mempunyai tarikan tersendiri.
Contohnya, baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan kerjasama dengan Angkasa X Innovation Sdn Bhd (AXI) untuk menawarkan kursus pengajian profesional dalam kejuruteraan satelit yang pertama di Malaysia.
Kursus itu menawarkan mod campuran iaitu kelas dan latihan praktikal di dalam makmal untuk membina satelit nano dan pengujian satelit nano menyasarkan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dan pekerja teknikal di seluruh Asia yang bertujuan meningkatkan kepakaran dan kemahiran.
Satu lagi kerjasama berteknologi tinggi membabitkan Sunway University dengan AstraZeneca yang menubuhkan Hab Inovasi Kesihatan pertama di Malaysia sejajar dengan permintaan kerajaan untuk inovasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan.
Selain itu, kerjasama dengan agensi kerajaan bagi memenuhi agenda negara amat digalakkan seperti yang dilakukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).
Kerjasama itu membabitkan usaha menggalak, mempromosi dan mendorong pembangunan ekosistem seni visual negara.
Tiga perkara penting menjadi teras utama yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan kerjasama iaitu mengenal pasti bidang, menyusun peluang perkongsian dan mengekalkan faedah bersama.
Pertama, bidang untuk bekerjasama. Kerjasama boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dilihat sebagai hasil penggabungan atau pengambilalihan semata-mata.
Kenal pasti jenis kolaborasi apa yang paling berguna untuk institusi anda dan sejauh manakah kerjasama diperlukan untuk terus berdaya maju.
Kedua, susunkan peluang perkongsian yang berpotensi. Semasa membuat persiapan untuk membuat perjanjian dengan calon rakan strategik, kenal pasti institusi mana yang paling sesuai dengan strategi, operasi dan kewangan untuk jenis kerjasama yang dicari.
Ketiga, kekalkan faedah perkongsian. Menjalin perkongsian mungkin mudah, namun mengekalkan faedah perkongsian dalam jangka masa panjang lebih mencabar, justeru memerlukan persefahaman tinggi semua yang terbabit.
Pihak IPT perlu memanfaatkan kolaborasi untuk meningkatkan nilai kepada pelajar melalui pengembangan perkhidmatan dan penawaran akademik.
Kesimpulannya, dalam era pendidikan tinggi baru ini, kolaborasi adalah strategi paling tepat dilakukan IPT untuk bertahan.
Perkongsian strategik dengan institusi lain berpotensi memberikan kestabilan kewangan, pengembangan jenama dan nilai kepada pelajar melalui penawaran kursus dan program tambahan.
Bagaimanapun, aspek kualiti kursus atau program ditawarkan dalam jangan sesekali dikompromi kerana kualiti adalah perjalanan berterusan dan bukan destinasi.
*Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran
Wed May 12 2021
Pihak IPT perlu memanfaatkan kolaborasi untuk meningkatkan nilai kepada pelajar melalui pengembangan perkhidmatan dan penawaran akademik. - Gambar hiasan
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
COVID-19: Lebih 30,000 PMKS ditubuhkan tahun 2021 - Exco Perak
Lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak tahun lalu.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Kerajaan optimis Fasa Satu Pan Borneo Sarawak siap hujung tahun ini - Fadillah
Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
Hari Malaysia: Bermuafakat akhiri pandemik sebagai sebuah keluarga Malaysia
Semangat rakyat Malaysia dalam membuktikan komitmen, kesetiaan serta kesepakatan terus berkobar dan membara dalam usaha memutuskan rantaian.
Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9: Istana Negara, Menara Dato' Onn jadi tumpuan esok
Esok rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri.
16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak
Sarawak hari ini mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.
Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.
Fasa endemik COVID-19 kemungkinan lebih lama daripada H1N1 - Pakar Kesihatan
Sekiranya dibandingkan dengan H1N1, kadar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia adalah lebih tinggi.
Majlis Islam Sarawak tangguh ibadat korban tahun ini
Majlis Islam Sarawak hari ini memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M.