MALAYSIA
Kerjasama Kerajaan Negeri-Persekutuan teras pembangunan seimbang di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari turut hadir pada majlis pelancaran SSLR2 yang dirasmikan oleh Anwar hari ini. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
LIMBANG: Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan menjadi teras utama dalam memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih seimbang di seluruh Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kerjasama itu amat penting bagi memastikan pembangunan berlaku secara inklusif, khususnya di kawasan pedalaman dan utara negeri yang sebelum ini berdepan kekangan dari segi kemudahan asas.
"Inilah infrastruktur yang dibangunkan, kita di negeri juga mahu bekerjasama dengan Persekutuan... supaya wujud seamless mobility di utara Sarawak ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Nanga Medamit dekat sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Abang Johari, pendekatan kerjasama berterusan ini bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi setempat, malah turut meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Abang Johari berkata projek jalan raya itu akan memberi manfaat besar kepada rakyat di utara Sarawak dengan meningkatkan jaringan pengangkutan, seterusnya merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial.
"Jalan ini bukan sahaja akan menghubungkan Sarawak dengan Sabah, malah turut menghubungkan Brunei Darussalam, sekali gus memperkukuh integrasi tiga wilayah di Borneo dan menyumbang kepada pembangunan ASEAN," katanya.
Menurutnya, selain projek jalan raya itu, Sarawak juga giat membangunkan rangkaian jalan lain termasuk menghubungkan Marudi ke Mulu serta mewujudkan laluan dari Miri hingga ke Lawas yang disambung ke Sabah.
"Dengan adanya jalan raya yang baik, ditambah bekalan elektrik dan air yang disalurkan melalui inisiatif kerajaan negeri, kegiatan ekonomi seperti pelancongan dan pertanian di utara Sarawak akan lebih mantap," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin terhadap keperluan rakyat Sarawak dengan turun padang sendiri ke kawasan pedalaman bagi meninjau keadaan.
"Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, kita akan terus berganding bahu membangunkan Malaysia yang berjaya di masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA