Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM

Bernama
Jun 9, 2023 03:30 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Putrajaya, pada Khamis. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Kerjasama yang dirancang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor penting bagi memastikan pelaksanaan setiap projek di negeri itu memberi dampak menyeluruh termasuk buat negara jiran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosialnya berkata, beliau menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
"Turut ditekankan adalah bantuan pasca banjir bagi golongan petani, penternak dan nelayan; dan isu penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah pangsa melebihi 40 tahun," tulisnya. - BERNAMA
#PM Anwar Ibrahim #mb johor #onn hafiz ghazi #kerajaan Persekutuan