MALAYSIA

Kerjasama Kerajaan, rakyat pacu RMK-11

Harits Asyraf Hasnan 01/06/2015 | 06:10 MYT
NAJIB: Pencapaian pertumbuhan yang positif bakal membuka pelbagai peluang kepada rakyat untuk menikmati kekayaan negara. - Gambar Fail
Penglibatan Kerajaan bersama setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam pusingan terakhir menjelang negara maju pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian pertumbuhan yang positif bakal membuka pelbagai peluang kepada rakyat untuk menikmati kekayaan negara.

“RMK-11 merupakan satu lonjakan atau pun pusingan terakhir sebelum memasuki gelangang untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Kita jangan membiarkan apa-apa perkara lain menarik perhatian kita, mengesampingkan perhatian kepada agenda utama negara," ujar beliau pada ucapan Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

RMK-11 merupakan satu lonjakan atau pun pusingan terakhir sebelum memasuki gelangang untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Kalau kita tidak ada kadar pertumbuhan, kita akan menghadapi banyak masalah kesukaran, kita akan kekurangan hasil, peluang pekerjaan dan pelaburan.

“Ini amat sukar bagi kita mengagihkan kekayaan negara supaya ia lebih seimbang dari segi kumpulan etnik. Kita mesti propertumbuhan,” kata Najib.

Tambahnya, tanpa pertumbuhan, negara akan menghadapi banyak masalah kesukaran, kita akan kekurangan hasil, peluang pekerjaan dan pelaburan.

Mengulas berkenaan mesra alam sekitar, Najib berkata musibah banjir yang melanda negara penghujung 2014 dan awal 2015 merupakan satu pengajaran kepada semua.
#ekonomi #Najib Tun Razak #RMK-11