NATIONAL
Kerjasama kerajaan, swasta penting untuk percepat pembangunan dalam ASEAN - PM Anwar
Anwar menekankan kepentingan kerjasama antara sektor kerajaan dan swasta dalam komuniti perniagaan bagi mempercepat pembangunan, selari dengan polisi ASEAN. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta amat penting di dalam komuniti perniagaan bagi memastikan pembangunan dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat itu selari dengan polisi ASEAN, dan ada keputusan yang harus dibuat di peringkat sektor swasta dan komuniti perniagaan bagi menambah nilai kepada kerajaan.
Justeru, Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, prosedur standard telah ditetapkan bahawa semua mesyuarat, termasuk mesyuarat ASEAN, akan melibatkan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) untuk menyuarakan pandangan dan memberikan cadangan mereka.
“Saya ingin menyatakan bahawa peranan kami telah menjadi penting dalam merangka beberapa cadangan yang dimaklumkan kepada para pemimpin ASEAN.
“Dan kini, tahun ini, sudah tentu kita perlu mengemudi landskap global yang semakin kompleks akibat perubahan dalam tenaga geopolitik dan kecenderungan tindakan unilateral oleh kuasa-kuasa besar,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena Sesi Suamuka Pemimpin ASEAN dengan Wakil Majlis Penasihat Majlis Perniagaan ASEAN, di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, komuniti ASEAN perlu memperkukuh dasar domestik dalaman.
“Namun, ini merupakan konsensus dalam kalangan pemimpin ASEAN pagi tadi, bahawa jawapannya adalah, sudah tentu, untuk berunding dengan pihak luar, tetapi yang paling penting ialah daya ketahanan nasional kita sendiri dan keputusan-keputusan dalam ASEAN.
“Ada cadangan telah dikemukakan oleh Presiden dan Perdana Menteri, dan sebenarnya tiada sebab mengapa tahap pelaburan perdagangan antara ASEAN masih terhad pada tahap ini. Potensinya amat besar,” katanya lagi.
Justeru, Perdana Menteri berharap agar peserta sesi berkenaan dapat mengemukakan kemukakan cadangan yang benar-benar khusus tentang bagaimana kita boleh mendesak para pembuat dasar untuk menerima beberapa saranan.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kerjasama antara sektor kerajaan dan swasta dalam komuniti perniagaan bagi mempercepat pembangunan, selari dengan polisi ASEAN.
- Beliau menyatakan bahawa ASEAN-BAC kini terlibat secara langsung dalam semua mesyuarat ASEAN untuk menyuarakan pandangan dan cadangan, terutama dalam menghadapi cabaran global seperti ketegangan geopolitik dan tindakan unilateral kuasa besar.
- Anwar turut menyeru agar dasar domestik ASEAN diperkukuh dan pelaburan serta perdagangan intra-ASEAN dipertingkatkan, sambil menggalakkan peserta sesi mengemukakan cadangan konkrit kepada para pembuat dasar.