awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama kerajaan-industri bantu graduan TVET dapat gaji setimpal - Sivakumar

Bernama
Bernama
09/03/2023
11:47 MYT
Kerjasama kerajaan-industri bantu graduan TVET dapat gaji setimpal - Sivakumar
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata melalui kerjasama itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri sebagai usaha memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan serta kemahiran mereka.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata melalui kerjasama itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.
"Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum Kerjasama tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sivakumar berkata KSM telah menerbitkan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) sebagai langkah berterusan menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di Malaysia.
Beliau berkata buku panduan tersebut dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.
"Kerajaan turut mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki," katanya.
Dalam pada itu, Sivakumar berkata pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Jan lepas yang menetapkan Aturan Kerja Fleksibel telah terbukti berjaya mewujudkan tenaga kerja yang lebih sihat dan meningkatkan keterlibatan pekerja terutama sewaktu pandemik.
"Pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu juga telah dilaksanakan bagi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan berkeluarga. Lebih banyak majikan telah melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel sebagai strategi untuk mengekalkan tenaga kerja di dalam pasaran kerja.
"Aturan Kerja Fleksibel mewujudkan keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan seharian seorang pekerja yang secara tidak langsung menangani aspek tekanan mental. Ini juga akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti pekerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#gaji setimpal
#kerjasama kerajaan-industri
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan