awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Malaysia-Ethiopia diperkukuh melalui pertukaran beberapa dokumen penting - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/11/2025
05:45 MYT
Kerjasama Malaysia-Ethiopia diperkukuh melalui pertukaran beberapa dokumen penting - PM Anwar
Anwar dan PM Abiy menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting yang akan memperkukuh kerjasama Malaysia dan Ethiopia merentas pelbagai bidang strategik. - Foto FB Anwar Ibrahim
ADDIS ABABA: Kerjasama Malaysia dan Ethiopia diperkukuh melalui pertukaran beberapa dokumen penting merentas pelbagai bidang strategik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Ethiopia memperkukuh kerjasama melalui pertukaran dokumen penting merentas pelbagai bidang strategik, menzahirkan tekad untuk membina hubungan yang lebih tersusun dan berdaya saing.
  • Dokumen yang dipertukarkan termasuk Perjanjian Perkhidmatan Udara, Memorandum Persefahaman Kerjasama Kesihatan, Memorandum Persefahaman Bidang Pelancongan, dan lain-lain.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PM Abiy Ahmed Ali menegaskan komitmen untuk memastikan kerjasama antara kedua negara berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata langkah ini menzahirkan tekad kedua-dua negara untuk membina rangka hubungan yang lebih tersusun, inklusif dan berdaya saing demi membuka ruang kemajuan yang dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat Malaysia dan Ethiopia.
"Saya dan PM Abiy (Dr Abiy Ahmed Ali) turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting yang akan memperkukuh kerjasama Malaysia dan Ethiopia merentas pelbagai bidang strategik.
"Dokumen tersebut merangkumi Perjanjian Perkhidmatan Udara dan Memorandum Persefahaman Kerjasama Kesihatan," kata Anwar dalam laman media sosial beliau.
Malaysia terus perkukuh kerjasama dengan Ethiopia
Dokumen lain ialah Memorandum Persefahaman Bidang Pelancongan, Kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Addis Ababa dan Pengumuman Pertukaran Nota bagi memulakan Konsultasi Dua Hala secara berkala.
Pada sidang media bersama, Anwar berkata beliau dan Abiy Ahmed sekali lagi menzahirkan tekad untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Ethiopia dalam segala dimensi berteraskan persahabatan tulen dan saling percaya.
"Kami turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap bentuk kerjasama antara kedua-dua negara berjalan dengan baik, teratur dan memberi manfaat nyata kepada rakyat keseluruhannya," kata beliau.
-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang dimaksudkan dengan pertukaran dokumen penting antara Malaysia dan Ethiopia yang disebut dalam artikel? A: Pertukaran dokumen penting merangkumi Perjanjian Perkhidmatan Udara, Memorandum Persefahaman Kerjasama Kesihatan, dan Memorandum Persefahaman Bidang Pelancongan.
  • Q: Apakah tujuan utama kerjasama yang diperkukuhkan antara Malaysia dan Ethiopia? A: Tujuan utama ialah membina hubungan yang lebih tersusun, inklusif, dan berdaya saing untuk membuka ruang kemajuan yang dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat kedua-dua negara.
  • Q: Siapakah individu yang menyatakan komitmen untuk memastikan kerjasama antara Malaysia dan Ethiopia memberi manfaat nyata kepada rakyat? A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PM Abiy Ahmed Ali yang menyatakan komitmen tersebut dalam pertemuan bersama.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ethiopia
#pertukaran dokumen
#Abiy Ahmed Ali
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan