MALAYSIA
Kerjasama pasaran filem dan animasi tempatan, serantau diperkukuh - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media sempena ‘Riuh Hangout 2025’ anjuran MyCreative Venture hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan sedang memperkukuh kerjasama pasaran filem dan animasi tempatan dengan negara-negara jiran menerusi usaha memperluas penyebaran harta intelek (IP) industri kreatif Malaysia ke pasaran serantau, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ketika ini dalam usaha menjalinkan jaringan strategik bagi memudahkan kemasukan IP tempatan ke beberapa negara ASEAN yang mempunyai potensi pasaran besar termasuk Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
"Usaha ini akan terus dipergiat bagi membuka peluang lebih luas kepada penggiat industri kreatif negara," katanya pada sidang media sempena 'Riuh Hangout 2025' anjuran MyCreative Venture di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju sektor animasi dalam industri kreatif susulan pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.
Fahmi berkata arahan telah diberikan kepada Finas dan MyCreative Ventures untuk bukan sahaja menyediakan dana malah memudah cara proses kolaborasi antara penggiat animasi dan pihak perbankan korporat yang kini semakin memahami potensi pendapatan industri kreatif.
"Kita mahu wujudkan sinergi antara sektor perbankan korporat dan industri kreatif bagi urusan pendanaan. Hubungan ini akan dirapatkan manakala urusan pelesenan dan pameran akan turut diuruskan oleh Finas," katanya.
Beliau berkata langkah itu selari dengan RMK13 yang memberi penekanan kepada pengukuhan ekonomi kreatif sebagai satu daripada pemacu pertumbuhan baharu negara termasuk meneroka pasaran eksport dan meningkatkan daya saing produk tempatan di peringkat global.
Fahmi berkata perkembangan terkini mengenai inisiatif tersebut dijangka dibentangkan ketika sesi penggulungan beliau di Parlimen pada 20 Ogos ini.
-- BERNAMA