MALAYSIA
Kerjasama SG TVET-JPPKK buka peluang latihan EV kepada 1,000 belia
P Sri Ganes (duduk, kanan) berkata, MOA berkenaan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 dewasa yang sedang bekerja. - SG TVET Group
KUALA LUMPUR : Selari dengan dasar kerajaan memperkukuh kerjasama awam-swasta (PPP), peneraju institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), SG TVET Group Berhad menerusi hab latihan kenderaan elektrik (EV) bertauliah pertama di Malaysia, Autotronics Centre of Excellence (ACoE), menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Perjanjian itu dimeterai bagi membangunkan program latihan EV dan hibrid di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Tanjung Malim, Perak, sekali gus menandakan kerjasama PPP jangka panjang dalam usaha melahirkan tenaga mahir selaras agenda mobiliti hijau negara.
MOA itu ditandatangani antara Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Mohd Zahari Ismail dan Ketua Eksekutif Kumpulan SG TVET Group Berhad, Datuk P Sri Ganes.
Di bawah MOA itu, SG TVET Group akan melabur dalam kelengkapan, peralatan serta bahan habis pakai EV dan hibrid, selain menyediakan modul latihan bertaraf antarabangsa termasuk Servis Kereta Elektrik dan Hibrid SKM Tahap Tiga (PPA-PPT) serta pensijilan antarabangsa Institute of Motor Industry (IMI) dari United Kingdom.
PSAS dan JPPKK pula menyediakan kemudahan, ruang latihan serta sokongan institusi, selain menamakan tenaga pengajar bertauliah untuk mengikuti latihan pengajar. Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam pelaksanaan program bagi memastikan kesesuaian industri dan kelestarian.
MOA berkenaan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 belia yang sedang bekerja.
Sementara itu, Sri Ganes berkata, pemilihan PSAS adalah disebabkan kedudukannya yang strategik dalam Koridor Automotif Malaysia, berdekatan Proton City serta menjadi hab automotif yang lebih luas.
Malah katanya, pelancaran fasa pertama kilang pemasangan kenderaan EV Proton di Tanjung Malim oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini turut mengukuhkan lagi kedudukan kawasan berkenaan sebagai pusat pembangunan industri automotif negara.
"Kita yakin hab berkenaan dijangka menjadi pusat kecemerlangan latihan EV serta menyokong peralihan Malaysia ke arah elektrifikasi automotif," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sri Ganes berkata, dengan melabur dalam kelengkapan berteknologi tinggi serta pensijilan bertaraf antarabangsa, pihanknya dapat memastikan PSAS di Behrang menjadi hab EV khusus yang akan melahirkan tenaga kerja bersedia untuk masa depan mobiliti hijau.
Menurutnya, kerjasama itu juga selari dengan dasar kerajaan dalam memperkukuh agenda elektrifikasi automotif, selain memberi peluang kepada bakat tempatan di Perak dan seluruh negara untuk menguasai kemahiran teknologi EV yang kian berkembang.
Selain itu, SG TVET Group Berhad turut melaksanakan program latihan kepada jurulatih (Train the Trainers) untuk meningkatkan kemahiran pensyarah PSAS, selain mengesahkan jurulatih dan pelatih dengan kelayakan yang diiktiraf di peringkat global.
Menerusi Autotronics, SG TVET Group berjaya melahirkan lebih 3,000 juruteknik EV bertauliah di seluruh negara. Graduan berkenaan memiliki pensijilan tempatan dan antarabangsa, membolehkan mereka terus menyumbang kepada keperluan tenaga kerja sektor EV.
Kerjasama baharu di Tanjung Malim itu menambah senarai pengembangan SG TVET Group
selepas pelancaran program bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Perai, Sandakan dan Melaka.