MALAYSIA
Kerjasama strategik KKM, NGO kesihatan perkukuh usaha cegah penyakit berjangkit
Dr Zaini berkata, kerjasama dengan NGO seperti Sahabat membolehkan KKM menyantuni golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan sejenis. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan dilihat sebagai elemen penting dalam usaha memperkukuh pencegahan penyakit berjangkit serta melaksanakan intervensi awal khususnya dalam kalangan populasi berisiko tinggi.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata. pendekatan strategik seperti aktiviti outreach yang dijalankan oleh Persatuan Perantaraan Pesakit Kelantan (Sahabat) dengan sokongan Yayasan AIDS Malaysia menjadi contoh kerjasama berkesan antara agensi kerajaan dan NGO.
Beliau berkata, kerjasama dengan NGO seperti Sahabat membolehkan KKM menyantuni golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
"Program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang dijalankan sejak 2006 oleh Sahabat bersama KKM memberi impak positif terhadap kesedaran masyarakat berhubung jangkitan HIV, penyakit kelamin dan Hepatitis C.
"Pendidikan kesihatan yang diberikan bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencegahan dan diagnosis awal malah turut membantu melindungi kontak rapat seperti isteri dan anak-anak daripada risiko jangkitan," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, KKM kekal komited terhadap pendekatan kesihatan awam yang menekankan aspek pencegahan, intervensi awal dan akses rawatan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat.
Beliau berkata, ia sejajar dengan dasar kesihatan negara yang mengambil kira nilai keagamaan serta sensitiviti budaya.
"Kerjasama strategik seumpama ini akan terus diperluas dalam usaha memperkukuh sistem sokongan komuniti bagi menangani isu kesihatan awam secara inklusif dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA