awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama universiti-industri perlu bersifat strategik - Khaled Nordin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/02/2023
11:43 MYT
Kerjasama universiti-industri perlu bersifat strategik - Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang tuntutan atau desakan industri mesti diteliti dan dilakukan dengan cara yang seimbang, objektif dan praktikal. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Universiti tempatan tidak boleh menjadi 'Pak Turut' kepada kehendak industri.
Sebaliknya, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang tuntutan atau desakan industri mesti diteliti dan dilakukan dengan cara yang seimbang, objektif dan praktikal.
"Universiti tidak boleh beroperasi atau menurut sahaja kehendak industri. Universiti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan integriti dan kesarjanaan dunia akademik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dan Infinity Logistics and Transport Sdn Bhd di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya mengalu-alukan kerjasama pemain industri dan universiti dalam negara.
"Tapi kerjasama ini kalau boleh, biarlah ia mesti merentas dan melangkau perspektif mendapatkan bekalan bakat atau sumber manusia semata-mata.
"Ia mesti melibatkan pemindahan kepakaran, perkongsian ilmu serta pemantapan amalan terbaik," ujarnya.
Beliau memberitahu, kerjasama industri dan universiti mestilah turut menyasarkan manfaat dan pulangan jangka panjang.
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#MoU
#pelajar
#pemain industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan