Seorang pengusaha keropok lekor di Terengganu mencipta kelainan dalam mempelbagaikan produk keluarannya dengan menggabungkan limpahan keju di dalam keropok sebagai penyedap rasa.
Pengusahanya, Mohd Pozi Hassan, 34, berkata keropok keju dan keropok keju mozarela yang dihasilkannya mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja, sementara keropok lekor asli masih lagi menjadi pilihan golongan dewasa.
"Keropok lekor keju yang dihasilkan di sini ada dua jenis iaitu satu yang jenis keju di dalam keropok yang mana apabila kita buka keropok itu kita dapat lihat keju di dalamnya dan satu lagi adalah keropok bebola disalutkan dengan sos keju istimewa yang kita sediakan sendiri.
"Keropok lekor keju ni memang sedap. Ada rasa lemak-lemak masin keju tu dan manis ikan, memang kombinasi yang baik dan tidak mengubah rasa sebenar keropok tersebut. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati rasa keropok ini bersama sos yang kami hasilkan sendiri untuk rasa yang lebih sedap," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di Tok Jembal di sini.
Mohd Pozi belajar membuat keropok dengan mereka yang telah mahir di Gong Badak, di sini dan kemudiannya melakukan inovasi dari semasa ke semasa.
Selain daripada menjual keropok yang telah digoreng dan direbus beliau turut menjual pelbagai jenis keropok kedap udara yang boleh disimpan dalam tempoh lama sehingga melebihi lima bulan jika disimpan di peti sejuk beku.
Menurut Mohd Pozi, pasaran keropoknya telah memasuki Pahang, Pulau Pinang dan Selangor malah mempunyai ramai ajen khas yang menjadi pembekal.
Katanya, beliau mampu meraih pendapatan agak lumayan hasil bidang yang diceburinya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Mohd Pozi menunjukkan bebola keropok lekor yang dilimpahi keju. --fotoBERNAMA
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Industri kerbau bakal hasil 'emas putih' dan 'emas merah' dari Lawas
Perjalanan kira-kira tiga kilometer (km) dari jalan utama menuju ke Stesen Penternakan Kerbau Meragang di sini, menimbulkan persoalan terutamanya buat mereka yang pertama kali melalui jalan sempit itu
Piza durian Musang King dapur kayu, menu istimewa dua beradik
Kemanisan isi durian Musang King yang digabungkan dengan keju, menjadi lebih enak apabila piza tersebut dibakar menggunakan dapur kayu.
MAQIS rampas 2,080 kg keju tiada sijil kesihatan yang sah
Keju yang datang dari New Zealand itu tidak mempunyai sijil kesihatan sah dari negara asal.
Baling cheese pada muka bayi? Kegilaan apakah ini
Cabaran terbaharu yang dipanggil 'cheesed challenge' memerlukan orang dewasa untuk membaling keju pada muka bayi atau kanak-kanak.
Keropok lekor cheese Pozi jadi tarikan, rasa tersendiri
Keropok keju dan keropok keju mozarela yang dihasilkannya mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja.
"Asyik nak makan cheese" - Ozlynn dedah pengalaman hamil anak kelima
Pelakon Ozlynn mendedahkan dia berdepan pengalaman lebih sukar sepanjang lima bulan pertama kandungan kelimanya.