SHAH ALAM: Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis pada masa ini adalah untuk menentukan sah wujud sebarang kesalahan oleh mana-mana pihak yang terbabit dalam insiden itu.
"Buat masa ini, siasatan polis dijalankan mengikut KEP, polis mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan.
"Pada peringkat ini, kita sedang mengenal pasti individu yang akan kita panggil untuk dirakam keterangan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Hussein berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan polis berhubung dakwaan 'pencerobohan' dilakukan King Sing.
"Laporan itu dibuat orang awam," katanya.
Pada Khamis, tular laporan portal mendakwa kekecohan tercetus di KLIA apabila seorang menteri didakwa menceroboh balai ketibaan lapangan terbang untuk 'menyelamatkan' seorang pelancong dari China.
King Sing kemudian tampil mempersoal siapa sebenarnya yang menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, sama ada beliau atau pun pegawai Imigresen bertugas.
Mengakui dirinya menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu sebaliknya bersyukur kehadirannya ke KLIA membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk masuk negara.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, dalam kenyataan, kelmarin memaklumkan Jabatan Imigresen menjalankan siasatan serta merta selepas insiden itu dilaporkan pihak media.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Imigresen pula menunggu laporan penuh insiden kekecohan terbabit sebelum memutuskan langkah selanjutnya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pula memaklumkan, agensi itu akan membuka siasatan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku di KLIA dan akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Menurut Hussein, buat masa ini, siasatan polis dijalankan mengikut KEP dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan. - Gambar fail/BERNAMA
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Pengembara dari Bangladesh, Pakistan, India tertinggi ditolak masuk Malaysia - Saifuddin
Antara alasan utama penolakan masuk adalah tiada tiket pulang, tiada alamat tempat tinggal yang jelas dan tidak memilik wang tunai yang mencukupi.
Kecoh di KLIA: Syarikat penerbangan bertanggungjawab hantar pulang pengembara ditolak masuk
Menurut ICAO, syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang pengembara NTL, termasuk menanggung kos makan dan minum serta tiket penerbangan.
Kekecohan di KLIA: MoT, MAHB diarah siasat pengendali No To Land Lounge - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diarah untuk menyiasat secara terperinci sebuah syarikat swasta yang mengendalikan kawasan menunggu No To Land (NTL).
Kecoh di KLIA: Dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal - Azam Baki
Dua wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu sudah pulang ke negara asal hari ini.
Kecoh di KLIA: SPRM sudah kenal pasti ejen minta rasuah RM18,000
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau tidak menolak ejen yang meminta suapan sebanyak RM18,000 itu masih berada di dalam negara.
Kekecohan di KLIA: Tiada kelibat Tiong King Sing di SPRM
Tiada kelibat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kecoh di KLIA: 'Tukar Menteri MOTAC' - Mas Ermieyati
Kerajaan disaran supaya menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pemimpin baharu.
Kecoh di KLIA: Kronologi dari hari pertama kes mula tular
Kes tersebut mendapat liputan meluas dengan setakat ini pihak yang terlibat mula mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi berkenaan.
Kertas Enkuiri Polis dibuka berhubung kes kekecohan di KLIA
Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing.
Kecoh di KLIA: Semua menteri ada pas VIP - Menteri Pengangkutan
Setiap Ahli Jemaah Menteri mempunyai pas khas (VIP) untuk memasuki setiap ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).