KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyediakan semua maklumat yang diperlukan Kementerian Kesihatan termasuk tuntutan untuk mempunyai autonomi dalam perkara tertentu berkaitan isu kesihatan di negeri itu, bagi memudahkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika membentangkan Kertas Putih di Parlimen.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata kementeriannya bersama-sama Penasihat Undang-undang Sarawak Datuk Seri JC Fong dan beberapa pakar perubatan di negeri ini telah mengadakan perbincangan meja bulat dengan semua agensi Persekutuan dan negeri bagi mendapatkan input untuk disampaikan kepada Khairy.
Beliau berkata input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak di sini, pada Rabu.
Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri berkata Khairy dijangka membentangkan Kertas Putih itu di Parlimen, sama ada pada Oktober atau November tahun ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang (yang terlibat) iaitu pihak (dari) pelbagai agensi. Mereka akan menghasilkan laporan yang lebih terperinci dan kemudian laporan itu akan diserahkan (kepada saya). Saya akan membentangkannya kepada Khairy kerana kita mahu apa sahaja yang kita tulis (laporkan) menjadi sebahagian daripada Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen," katanya.
Pada Jun lepas, Khairy ketika membentangkan ucaptamanya bertajuk 'Penjagaan Kesihatan Awam Pembuktian Masa Hadapan' sempena Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam di Universiti Nasional Singapura berkata kementeriannya mencadangkan Kertas Putih Kesihatan untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan Malaysia pada masa hadapan.
Beliau berkata Kertas Putih itu akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Penjagaan Kesihatan yang tugasnya memantau, menasihati dan melaporkan secara bebas status pelaksanaan reformasi penjagaan kesihatan kepada kerajaan, Parlimen dan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Kui Hian berkata, input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail

Pemilihan PKR: Fadhlina tekad perkasa wanita hadapi cabaran masa depan
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek meletakkan iltizam untuk memperkukuh sayap parti itu dan meneruskan perjuangan memperkasakan wanita.
RM11 bilion untuk perkukuh pertahanan negara - Khaled Nordin
Kementerian Pertahanan menandatangani pelbagai perolehan strategik bernilai RM11 bilion sempena LIMA 2025, termasuk aset darat, laut, udara serta pembangunan teknologi dan kebajikan anggota tentera.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam atas pemergian bekas presiden negara itu, Tran Duc Luong.

Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar
Cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun wajar diberikan perhatian dan pertimbangan.

Israel serang gudang bekalan perubatan di Gaza, cetus kebakaran besar
Serangan ke atas gudang bekalan perubatan menyebabkan kebakaran besar dan mengancam pengagihan bantuan serta keselamatan petugas kemanusiaan.

Kenderaan berat gagal patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi amaran tegas kepada pemilik lori dan kenderaan berat yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM)
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pemandangan yang tak pernah jemu dipandang. Kaabah tetap menakjubkan, dari mana pun kita melihatnya
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pandangan Kaabah yang tak tergambar indahnya. Subhanallah.
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Polis terima maklumat NGO bakal anjur perhimpunan di ibu negara Sabtu ini
Polis sahkan terima makluman perhimpunan Himpunan Melayu Berdaulat oleh NGO di Kompleks Sogo, dengan sasaran lebih 15,000 peserta; perbincangan dengan penganjur masih berlangsung. #AWANInews

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM
AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta.

LIMA'25: PM Defence, DASAL meterai perjanjian pindah teknologi dron
Perjanjian yang dimeterai hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia membangunkan industri dron tempatan.

Petronas-Petros: Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Anwar menegaskan bahawa peranan Petronas tidak tergugat, manakala Petros akan diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.

Sarawak dijangka muktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis
Sarawak dijangka memuktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis tahun ini.

Kegagalan BMF penuhi syarat punca projek ITTO di Hulu Baram ditamatkan
Kegagalan Bruno Manser Fonds (BMF) untuk memenuhi syarat ditetapkan kerajaan Sarawak menyebabkan Projek Kawasan Hutan Hulu Baram oleh ITTO ditamatkan.

Sarawak pamer prestasi cemerlang di peringkat global - Wan Junaidi
Di peringkat antarabangsa, Sarawak kini semakin dikenali dan mendapat perhatian sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam bidang ekonomi baharu.

Saifuddin Nasution lancar tiga batalion baharu PGA Sabah, Sarawak
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini melancarkan tiga batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak.

Sarawak lulus peruntukan RM3.55 bilion bangunkan kuarters kerajaan moden
Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.55 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi membangunkan kuarters kerajaan moden di seluruh negeri.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

Sarawak komited jadi peneraju ekonomi hijau global - Abang Johari
Potensi negeri itu dalam sektor ekonomi hijau mendapat pengiktirafan pada sesi libat urus bersama ahli ekonomi dan pengurusan kanan di LSE.

Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan - Dr Annuar
Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut autonomi pendidikan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui - Abang Johari
Kerajaan negeri dan Airbus setuju menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.