MALAYSIA
Kertas Putih Pertahanan jadi panduan hala tuju ATM 2026-2030
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian ini penting untuk menilai pencapaian sejak Kertas Putih Pertahanan diluluskan Parlimen pada tahun 2019. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) dilancarkan di sini, pada Khamis, bakal menjadi panduan hala tuju pertahanan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian ini penting untuk menilai pencapaian sejak Kertas Putih Pertahanan diluluskan Parlimen pada tahun 2019.
Antaranya penubuhan Bahagian Siber Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), pelancaran Strategi Ketenteraan Negara 2.0, pemerolehan aset baharu seperti pesawat FA-50, ATR-72 MPA, dron ANKA-S, kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 serta pengukuhan hubungan dua hala dengan negara lain.
"Landskap keselamatan dunia kini lebih mencabar dengan konflik di Ukraine dan Gaza, peningkatan serangan siber, perubahan iklim serta ketegangan di Laut China Selatan.
"KSP KPP adalah manifestasi komitmen kerajaan memastikan Malaysia kekal selamat, berdaulat dan makmur dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
"Kejayaannya memerlukan kesepaduan semua pihak, daripada kepimpinan politik, agensi kerajaan, industri, akademia hinggalah rakyat jelata,” kata Khaled dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagi fasa seterusnya, KSP PP menggariskan lima hala tuju utama iaitu :
1) Membangunkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Joint Network Centric Integrated Multi Domain Force menjelang tahun 2030.
2) Meneruskan pemerolehan aset pertahanan termasuk kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dan sistem pertahanan udara MERAD.
3) Melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 serta program kerjasama awam-tentera (CIMIC).
4) Memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
5) Meningkatkan peruntukan pertahanan ke arah 1.5 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.
Tambah Khaled, selaras perkembangan semasa dunia, pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan melalui konsep Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (Whole-of-Government & Whole-of-Society, WoGoS) yang mendasari pelaksanaan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini