awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2024
07:40 MYT
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
Abdul Hadi telah dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut setelah kenyataan Ahli Parlimen Marang itu disiarkan di portal berita pas.org.my pada 20 Februari lalu.
Beliau berkata, Abdul Hadi telah dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Beliau (Abdul Hadi) telah diambil keterangan oleh pegawai USJT di ibu pejabat Pas pusat, Jalan Raja Laut pada Selasa.
"Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan ia telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu," katanya pada Jumaat.
Sehubungan itu, Razarudin berkata, pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya daripada AGC berhubung kes tersebut.
Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan Abdul Hadi dirakam keterangan hampir sejam di ibu pejabat Pas pusat di Jalan Raja Laut, dekat sini.
Pada 29 Februari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Februari lalu.
Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.
Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan dan akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Sultan Selangor
#siasatan polis
#Ketinggian Islam wajib dipertahankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan