awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kematian 14 gajah dibuka

Bernama
Bernama
01/02/2013
08:02 MYT
Kertas siasatan kematian 14 gajah dibuka
Polis Sabah hari ini membuka kertas siasatan berhubung kes kematian 14 gajah Pygmy Borneo yang dikaitkan dengan perbuatan khianat di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.
"Setakat ini siasatan masih dijalankan kerana kita perlu menghantar bahan-bahan dalam badan gajah untuk pengesahan.
"Bagi kita, siasatan ini adalah satu siasatan yang rasmi. Jabatan Perhutanan pun buat siasatan tapi kita menyiasat daripada sudut jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian rumah perantaaan negeri Sabah di Kepayan dekat sini, yang disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Hamza berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung siasatan polis ke atas kematian gajah berkenaan.
Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan sehingga kini 14 gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Hutan Simpan Rara, itu.
Masidi berkata berdasarkan pemeriksaan awal terhadap bangkai gajah itu, punca kematian berkemungkinan disebabkan keracunan.
Ditanya sama ada terdapat tangkapan berhubung kes berkenaan, Hamza berkata setakat ini polis masih mengumpul semua bahan bukti, sebelum membuat sebarang tangkapan dan rumusan.
Katanya pihaknya juga sedang berusaha mengambil keterangan penduduk setempat di situ namun menghadapi kekangan memandangkan lokasi kejadian agak terpencil.
Topic Berkaitan
#gajah pygmy borneo
#Hutan Simpan Rara
#Polis Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan