Insiden Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah - Ikuti info terkini di sini
MALAYSIA

Kertas siasatan kes salah laku seksual pelajar tingkatan lima dirujuk kepada DPP

Bernama 15/10/2025 | 06:13 MYT
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata keputusan sama ada kesemua pelajar berkenaan akan dituduh minggu ini dijangka diketahui hari ini. -Gambar fail
JASIN: Kertas siasatan berhubung kes salah laku seksual melibatkan empat pelajar lelaki tingkatan lima terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).


Ringkasan AI
  • Kertas siasatan kes salah laku seksual melibatkan empat pelajar lelaki tingkatan lima terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Alor Gajah telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
  • Keputusan sama ada kesemua pelajar akan dituduh dijangka diketahui hari ini, selepas tempoh reman mereka berakhir pada 16 Oktober.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang berkaitan kesalahan rogol berkumpulan.


Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata keputusan sama ada kesemua pelajar berkenaan akan dituduh minggu ini dijangka diketahui hari ini.

"Siasatan kes telah dilengkapkan dan polis kini menunggu arahan lanjut daripada pihak DPP," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini hari ini.

Pada 11 Okt lepas, akhbar melaporkan empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan telah direman bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat kes salah laku seksual di sebuah sekolah di negeri itu.

Kesemua suspek direman enam hari bermula 11 hingga 16 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA



#kertas siasatan #kes salah laku seksual #empat pelajar lelaki tingkatan lima #pelajar perempuan tingkatan tiga #Alor Gajah