awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan - KPN

Bernama
Bernama
06/04/2024
07:15 MYT
Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan - KPN
Razarudin berkata pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini, dijangka siap dalam tempoh lima hari lagi sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan selepas keterangan diambil daripada beliau semalam," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Razarudin mengesahkan Dr Muhamad Akmal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan berhubung ucapan di media sosial dan di Kelantan, tentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya semalam turut memaklumkan beliau ditahan walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes Ketua Pemuda UMNO
#Dr Muhamad Akmal Saleh
#kertas siasatan
#Razarudin Husain
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan