awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sedang dilengkapkan - Polis

Hakim Rahman
Hakim Rahman
27/02/2016
09:48 MYT
Kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sedang dilengkapkan - Polis
NOOR RASHID: Kita akan teliti dan lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada DPP untuk keputusan. -Gambar fail
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya sedang meneliti rakaman percakapan Dr Mahathir sebelum merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Sebahagian daripada tugas adalah mendapatkan penjelasan dan merakam percakapan daripada Tun Mahathir dan ini telahpun kita lakukan.
"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita sedang melengkapkannya. Polis masih menjalankan siasatan dan apabila lengkap, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," kata Noor Rashid.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Sidang Meja Bulat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) pada Sabtu.
Dalam tulisan di blog chedet.cc pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan tidak akan mengambil tindakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Rabu lalu, polis merakam percakapan Dr Mahathir di pejabat beliau berhubung penulisan artikel berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat mengenainya.
Topic Berkaitan
#DPP
#Dr Mahathir Mohamad
#kertas siasatan
#Noor Rashid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan