awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian pelaburan Khazanah, PNB: SPRM serbu empat premis perniagaan

Bernama
Bernama
04/11/2024
14:04 MYT
Kerugian pelaburan Khazanah, PNB: SPRM serbu empat premis perniagaan
Video selama 58 saat itu memaparkan anggota SPRM tiba di pejabat perniagaan fesyen dalam talian berkenaan di sini dan membuat pemeriksaan serta soal siasat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Menerusi hantaran di laman TikTok rasmi SPRM, suruhanjaya itu memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan melibatkan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta.
Video selama 58 saat itu memaparkan anggota SPRM tiba di pejabat perniagaan fesyen dalam talian berkenaan di sini dan membuat pemeriksaan serta soal siasat.
Hantaran itu turut memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, namun tidak mendedahkan lokasi premis lain yang diserbu secara serentak hari ini.
Bernama sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai serbuan berkenaan.
Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB terhadap perniagaan fesyen dalam talian itu akan dijalankan secara adil dan profesional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khazanah
#PNB
#SPRM
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan