MALAYSIA
Kes 1MDB: Hakim putuskan surat derma Arab Saudi adalah palsu
Najib ketika tiba di Mahkamah pagi tadi bagi prosiding keputusan kesnya melibatkan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA : Mahkamah Tinggi pada Jumaat memutuskan bahawa empat surat yang dikemukakan sebagai bukti kononnya derma daripada pemerintah Arab Saudi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah palsu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, surat berkenaan dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Menurut beliau, salinan asal surat tersebut tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah sepanjang prosiding berlangsung.
“Tiada pengesahan dibuat oleh pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, 72, bagi memastikan dana berkenaan benar-benar disumbangkan oleh pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah,” katanya ketika bersidang di Istana Kehakiman, di sini.
Hakim itu turut menyatakan surat berkenaan disifatkan sebagai palsu berdasarkan keterangan yang menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.
“Ada bukti pengesanan aliran wang yang menunjukkan dana itu disalurkan melalui syarikat pihak ketiga iaitu Vista Equity, Blackstone dan Tanore, yang merupakan entiti milik ahli kewangan buruan, Eric Tan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan sebagai luar biasa apabila tiada sebarang surat balasan atau penghargaan dikemukakan kepada keluarga diraja Arab Saudi susulan penerimaan sumbangan yang didakwa berkenaan.
Collin, yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu, berkata mahkamah turut mendapati dana berkenaan bersifat sangat mencurigakan.
Selepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan melibatkan 25 pertuduhan penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.
Prosiding dijadualkan bersambung pada jam 3 petang, dengan hakim memaklumkan beliau masih memerlukan kira-kira satu jam lagi untuk membaca baki keputusan.
Pendakwaan dikendalikan pasukan Timbalan Pendakwa Raya antaranya Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara itu, Najib diwakili pasukan peguam termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama yang didakwa berlaku antara 2011 hingga 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014, manakala pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan tempoh antara 22 Mac hingga 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda maksimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat surat derma dari pemerintah Arab Saudi dalam kes 1MDB adalah palsu, menimbulkan keraguan terhadap sumbangan tersebut.
- Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menegaskan bahawa tiada pengesahan dana itu benar-benar disumbangkan oleh pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah.
- Dana tersebut didakwa sebenarnya berasal dari dana 1MDB, dan aliran wangnya melalui syarikat pihak ketiga milik ahli kewangan buruan, Eric Tan.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, surat berkenaan dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Menurut beliau, salinan asal surat tersebut tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah sepanjang prosiding berlangsung.
“Tiada pengesahan dibuat oleh pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, 72, bagi memastikan dana berkenaan benar-benar disumbangkan oleh pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah,” katanya ketika bersidang di Istana Kehakiman, di sini.
Hakim itu turut menyatakan surat berkenaan disifatkan sebagai palsu berdasarkan keterangan yang menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.
“Ada bukti pengesanan aliran wang yang menunjukkan dana itu disalurkan melalui syarikat pihak ketiga iaitu Vista Equity, Blackstone dan Tanore, yang merupakan entiti milik ahli kewangan buruan, Eric Tan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan sebagai luar biasa apabila tiada sebarang surat balasan atau penghargaan dikemukakan kepada keluarga diraja Arab Saudi susulan penerimaan sumbangan yang didakwa berkenaan.
Collin, yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu, berkata mahkamah turut mendapati dana berkenaan bersifat sangat mencurigakan.
Selepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan melibatkan 25 pertuduhan penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.
Prosiding dijadualkan bersambung pada jam 3 petang, dengan hakim memaklumkan beliau masih memerlukan kira-kira satu jam lagi untuk membaca baki keputusan.
Pendakwaan dikendalikan pasukan Timbalan Pendakwa Raya antaranya Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara itu, Najib diwakili pasukan peguam termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama yang didakwa berlaku antara 2011 hingga 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014, manakala pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan tempoh antara 22 Mac hingga 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda maksimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan Mahkamah Tinggi berhubung empat surat derma yang dikemukakan dalam kes 1MDB?
A: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat surat derma dari pemerintah Arab Saudi yang dikemukakan adalah palsu. - Q: Mengapa surat derma tersebut dianggap palsu oleh Mahkamah Tinggi?
A: Surat derma dianggap palsu kerana tiada pengesahan bahawa dana sebanyak RM2.3 bilion itu benar-benar disumbangkan oleh pemerintah Arab Saudi. - Q: Siapakah yang disebutkan sebagai entiti milik ahli kewangan buruan yang disebutkan dalam prosiding mahkamah?
A: Entiti milik ahli kewangan buruan yang disebutkan adalah Vista Equity, Blackstone, dan Tanore milik Eric Tan. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas membaca keputusan berkaitan dengan dana 1MDB?
A: Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat dan menjadualkan sambungan prosiding pada jam 3 petang. - Q: Berapa jumlah pertuduhan yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak dalam kes 1MDB?
A: Datuk Seri Najib Razak dihadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.