MALAYSIA

Kes 1MDB: Isu dikemuka peguam Najib telah dibicarakan - AGC

Bernama 19/12/2025 | 09:45 MYT
Menurut AGC, jabatan itu kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan semua isu yang dikemukakan pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibangkit dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan kes itu.


Ringkasan AI
  • AGC menegaskan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan Najib dalam media telah dibicarakan sepanjang perbicaraan kes 1MDB.
  • Jabatan itu komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil, dan berintegriti, berlandaskan undang-undang dan bukti yang ada.
  • Keputusan kes pembelaan Najib dalam kes 1MDB akan diumumkan pada 26 Disember oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.


Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan isu berkenaan dibangkitkan pada perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 Nov 2025.

Menurut AGC, jabatan itu kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.

"Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara," menurut jabatan itu.

Keputusan di akhir kes pembelaan kes 1MDB akan disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 26 Dis ini.

Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, telah mengadakan satu sidang media berhubung beberapa isu di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

-- BERNAMA






#Najib Razak #1MDB #Jabatan Peguam Negara #Muhammad Shafee Abdullah #Peguam Negara #terkini