MALAYSIA
Kes 1MDB: Najib dakwa pulangkan AS$620 juta selepas dapat kelulusan Bank Negara
Najib berkata, sebelum pemulangan wang dilakukan, beliau terlebih dahulu menulis surat kepada Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memaklumkan menegenainya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa, beliau satu-satunya 'ahli politik' yang memulangkan semula 'wang suapan' AS$620 juta kepada akaun asal selepas mendapat kelulusan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringkasan AI
Najib berkata, sebelum pemulangan wang dilakukan, beliau terlebih dahulu menulis surat kepada Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memaklumkan menegenainya.
Bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau berbuat demikian meskipun keseluruhan AS$681 juta yang digembar-gemburkan oleh pihak media ketika itu masih belum dapat dibuktikan atau dikesan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya memulangkan wang itu (AS$620 juta) kerana dana itu tidak lagi diperlukan. Barangkali saya juga yang pertama dalam sejarah yang telah memberikan notis terhadap wang ‘haram’ itu kepada Gabenor BNM sendiri,” kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan.
Beliau berkata demikian dalam kata pengantar sebelum pihak pembelaan mengemukakan hujahan lisan dalam kes penyelewangan dana 1MDB yang bermula hari ini.
Najib dibicarakan atas empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Dalam pada itu, Najib turut berkata, penelitian terperinci terhadap keseluruhan bukti jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan ‘dengar cakap’.
Katanya, pihak pendakwaan juga tidak memenuhi prasyarat asas bagi penerimaan keterangan `dengar cakap’ yang bersifat prejudis, tiada sebarang usaha pun dibuktikan dalam usaha mereka untuk mencari mana-mana saksi penting terutamanya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
“Setakat rekod yang ada, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sekali pun menyebut adanya percubaan untuk mengesan mereka sebelum memohon mahkamah ini membuat penentuan bahawa mereka sememang tidak dapat ditemukan,” ujarnya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kini mendengar penghujahan lisan oleh pihak pembelaan.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau satu-satunya ahli politik yang memulangkan semula wang suapan AS$620 juta ke akaun asal selepas mendapat kelulusan rasmi Bank Negara Malaysia, dengan notis kepada Gabenor ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
- Najib menegaskan dana AS$681 juta yang dikaitkan dengan 1MDB belum terbukti mempunyai kaitan langsung, dan menyifatkan tindakan pemulangan wang sebagai bukti ketelusan serta keperluan yang telah berakhir.
- Dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB, Najib menghadapi pertuduhan dan mendakwa pendakwaan bergantung kepada keterangan dengar cakap tanpa usaha mengesan saksi penting seperti Low Taek Jho, sambil menekankan keperluan siasatan teliti dan adil.