NATIONAL
Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap beliau. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee, yang didakwa mengalihkan dana 1MDB sebanyak AS$1 bilion kepada pihak ketiga.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa masih tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang, yang didakwa mengalihkan dana AS$1 bilion.
- Hanya AS$300 juta dipindahkan ke akaun usaha sama 1MDB-PSI, manakala AS$700 juta dialihkan ke akaun syarikat Good Star Limited milik Jho Low.
- Bekas Perdana Menteri Najib Razak berdepan 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion, dan perbicaraan masih berlangsung.
Rajagopal memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah merekodkan kenyataan Tang pada Jun 2016 di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Beliau berkata Tang, yang juga sekutu Jho Low, ketika itu ditemani oleh peguamnya Selva Mookiah.
Ketika disoal oleh peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Rajagopal mengesahkan bahawa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gagal mengesan Tang bagi menghadiri perbicaraan kes itu.
"Kami telah melakukan segala usaha untuk mengesan Casey Tang. Notis merah telah dikeluarkan terhadap beliau pada 2018 dan 2019 namun kami masih gagal menahannya," kata saksi itu.
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan termasuk empat bagi menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami