NATIONAL
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN

Pada Oktober tahun lalu, Razarudin mengesahkan bahawa polis telah menahan Ng (gambar) berhubung siasatan skandal 1MDB. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan meneliti beberapa dokumen yang berkaitan.
Ringkasan AI
- Siasatan Roger Ng: Polis masih menjalankan siasatan terhadap Roger Ng, bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, berhubung skandal 1MDB dengan meneliti banyak dokumen berkaitan.
- Permohonan Temu Bual: Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak akan memohon kepada mahkamah untuk menemu bual Roger Ng bagi membantu proses pembelaan Najib dalam kes yang sedang berjalan.
- Laporan RCI: Setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung syor dalam Laporan RCI mengenai Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan.
Pada Oktober tahun lalu, Razarudin mengesahkan bahawa polis telah menahan Ng berhubung siasatan skandal 1MDB.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat pada 9 Okt tahun lepas dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Semalam, peguam kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan kepada mahkamah pada Isnin depan bagi membolehkan pihaknya menemu bual Ng yang kini berada dalam tahanan polis.
Menurutnya temu bual tersebut bertujuan membantu proses pembelaan Najib dalam kes yang sedang berjalan.
Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata setakat ini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung syor dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Laporan RCI setebal 217 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat mencadangkan bahawa siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir atas kesalahan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 418 Kanun yang sama.
“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan terhadapnya,” katanya.
Oleh itu, laporan tersebut mencadangkan agar satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya bagi membolehkan siasatan dimulakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami